window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Haval H6 2021 di Thailand – bakal bersaing dengan Proton X70 import?

Faisal · Dec 28, 2020 02:00 PM

Spyshot: Haval H6 2021 di Thailand – bakal bersaing dengan Proton X70 import? 01

Sebulan yang lalu, kami telah berikan gambaran yang dekat mengenai Haval H6 2021. Kini, SUV segmen C ini bakal dilancarkan di Thailand tidak lama lagi. Oleh yang demikian, Proton X70 yang diimport akan berhadapan dengan saingan yang sengit di sana.

Spyshot: Haval H6 2021 di Thailand – bakal bersaing dengan Proton X70 import? 02

Kredit imej: Sophon Niyomthai

Berdasarkan sumber yang sahih, Great Wall Motor (pemilik Great Wall, Haval, Wey, dan Ora) akan melancarkan SUV terbaru di Thailand selain Ora Good Car dan Great Wall Pao.

Perkara ini sejajar dengan pelan syarikat itu untuk menjadikan Thailand sebagai pusat produksi serantau. Perkara ini berikutan selepas mereka mengambil alih kilang Rayong milik General Motors yang telah mengundurkan diri dari pasaran Thailand.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Haval H6 2021 di Thailand – bakal bersaing dengan Proton X70 import? 01

Kredit imej: Rungradit Smithiwong

Bergantung kepada varian, Haval H6 di China dikuasai oleh:

Spesifikasi Haval H6 2021 di China
Enjin Transmisi Pacuan

1.5L turbo 4 silinder

168 PS / 285 Nm tork

DCT 7 kelajuan Roda depan

2.0L turbo 4 silinder

227 PS / 327 Nm tork

Semua roda

Ciri yang hadir di pasaran China termasuklah infotainment sesentuh 10.25 inci, dan kluster instumen digital sepenuhnya. Malah kabinnya hadir dengan 4 pilihan warna dwi-tona.

Spyshot: Haval H6 2021 di Thailand – bakal bersaing dengan Proton X70 import? 02

Untuk pengetahuan anda, Haval H6 ialah SUV yang terlaris di China dimana ia telah mengungguli jualan Geely Boyue. Diantara Januari hingga September 2020 sahaja, jualannya telah mengalahkan Geely Boyue sebanyak 54,000 unit.

Spyshot: Haval H6 2021 di Thailand – bakal bersaing dengan Proton X70 import? 03

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai ketibaan Haval H6 di Malaysia tetapi anda boleh ikuti kami untuk maklumat terkini mengenai SUV segmen C yang cukup hangat ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda