SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China?

Faisal · Jul 7, 2022 01:00 PM

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 01

  • Haval H6 PHEV belum dijual di Thailand tapi sudah ada di Malaysia
  • Haval H6 untuk Malaysia mungkin datang dengan pelbagai ciri, termasuk bumbung suria
  • Mereka yang sedang cari SUV segmen C mungkin patut tunggu Haval H6

Dalam acara GWM yang diadakan pada dua hari lalu, Ora Good Cat dilihat sebagai sebuah bintang kerana ramai yang teruja dengan EV tersebut. Menariknya, terdapat satu rahsia di bahagian tempat parkir bawah tanah bangunan mereka dan ia adalah Haval H6 dengan penyamaran penuh.

Juga bacaOra Good Cat EV membuat debut rasmi di Malaysia; CBU China, jarak 400 - 500 km, 80% dalam 30 minit

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 02

Tetapi ini bukan sebarang Haval H6 kerana model yang kami jumpa ini adalah versi hibrid plug-in (PHEV). Secara amnya, varian ini telah membuat debut di Thailand tetapi belum lagi dijual di pasaran mereka.

Juga bacaThailand lagi penting daripada China, Haval H6 PHEV debut di pasaran jiran Malaysia

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 01

Walaupun dengan pelekat samaran yang tebal, intipan ini sememangnya varian PHEV kerana ada emblem PHEV dan gril depannya jenis yang besar. Malah pada bahagian kanan juga, ada port mengecas.

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 02

Dari segi teknikal, Haval H6 PHEV dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L turbo yang dipadankan dengan motor elektrik. Output keseluruhan adalah sebanyak 330 PS dan 530 Nm tork.

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 03

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 04

Sewaktu kami mengintai, bahagian dalam Haval H6 PHEV ini nampak macam spesifikasi penuh. Antara buktinya adalah tempat duduk berbahan kulit, kluster instrumen digital, infotainment jenis terapung, tombol gear jenis knob, brek parkir elektrik (EPB) dengan fungsi auto hold dan bumbung suria.

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 05

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 06

Buat masa sekarang, agak sukar untuk membezakan varian Haval H6 yang kami telah intip selama ini kerana sekali pandang, ia nampak seakan sama.

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 07

Haval H6 di pasaran Thailand.

Secara global, Haval H6 datang dengan pelbagai pilihan enjin. Di Thailand, Haval H6 menggunakan trenkuasa 1.5L hibrid yang menghasilkan 243 PS dan 530 Nm tork. Pasaran pandu belah kanan (RHD) seperti Afrika Selatan dan Australia pula hadir dengan pilihan enjin 2.0L turbo yang menghembuskan 204 PS dan 320 Nm tork.

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 08

Contoh interior yang menggunakan warna dwi-tona.

Menariknya, ciri seperti sokongan Android Auto/Apple CarPlay tidak ditawarkan langsung di pasaran rumah Haval, iaitu di China. Sebaliknya, pasaran eksport mereka pula yang ada.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China? 09

Haval H6 di pasaran Thailand.

Jadi, dengan Haval H6 yang dilihat sebagai pencabar SUV segmen C yang cukup hebat, pembeli di Malaysia nanti akan dapat alternatif baru selain Proton X70, Honda CR-V dan Mazda CX-5.

Juga bacaSpyshot: Samaran Haval H6 2022 dijumpai di Malaysia, siap 2 unit, hibrid mungkin salah satu?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru