window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda Accord baharu generasi-11 ditemui di Thailand, menyusul tahun 2023?

Haris Β· Dec 12, 2022 05:00 PM

Spyshot: Honda Accord baharu generasi-11 ditemui di Thailand, menyusul tahun 2023? 01

Walaupun SUV semakin popular di Asia Tenggara, masih terdapat permintaan untuk sedan walaupun jualan semakin berkurangan bersama-sama dengan pilihan. Honda Accord generasi ke-11 serba baharu telah melakukan penampilan sulungnya di Amerika Syarikat tetapi intipan terbaharu di Thailand ini membuktikan bahawa ia mungkin juga dilancarkan di rantau ini.

Diambil oleh saluran YouTube automotif Thailand, Tech Hangout Auto, Honda Accord dengan samaran kelihatan di kawasan terbuka di tengah-tengah kesesakan lalu lintas Bangkok.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti mana-mana model dalam pembangunan yang diintip, ia tidak mempunyai sebarang penjenamaan atau petunjuk bahawa ia merupakan Honda Accord tetapi peminat kereta tentunya akan dapat mengagak sedan segmen-D tersebut.

Spyshot: Honda Accord baharu generasi-11 ditemui di Thailand, menyusul tahun 2023? 01

Honda Accord serba baharu 2023 tampil dengan rekaan yang lebih anggun dan pada kereta dengan samaran ini, gril heksagon yang besar dan lampu hadapan yang tipis boleh dilihat di hadapan dengan jelas.

Baca: Camry makin tercabar, Honda Accord generasi 2023 membuat debut; sarat dengan teknologi canggih!

Spyshot: Honda Accord baharu generasi-11 ditemui di Thailand, menyusul tahun 2023? 02

Berbeza dengan Honda Accord yang membuat debut globalnya di Amerika Syarikat, Honda Accord yang diintip dipasang dengan rim aloi 5 jejari hitam yang kelihatan standard. Rim 19-inci dua tona seperti yang ditunjukkan pada Accord spesifikasi AS dalam visual rasmi Honda adalah pilihan untuk varian atasan. Saiz rim standard pada Honda Accord adalah 17-inci.

Spyshot: Honda Accord baharu generasi-11 ditemui di Thailand, menyusul tahun 2023? 03

Kami juga dapat melihat bahagian belakang Honda Accord dalam video intipan itu dan ia kelihatan tepat dengan spekulasi. Sedan tradisional mungkin hampir mati tetapi dengan menambah beberapa elemen reka bentuk fastback yang sporty, ia pantas menjadi bualan orang ramai.

Spyshot: Honda Accord baharu generasi-11 ditemui di Thailand, menyusul tahun 2023? 04

Di Amerika Syarikat, Honda Accord baharu 2023 dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo VTEC (192 PS/260 Nm) petrol atau enjin 2.0 liter hibrid kitaran Atkinson (gabungan 204 PS/335 Nm). Kedua-dua unit dipasangkan dengan transmisi automatik CVT yang memacu roda hadapan.

Kedua-dua transmisi manual dan juga enjin 2.0 liter pengecas turbo (252 PS/370 Nm) sudah dihentikan dalam Honda Accord serba baharu generasi-11 ini.

Spyshot: Honda Accord baharu generasi-11 ditemui di Thailand, menyusul tahun 2023? 05

Dari segi dimensi, Honda Accord serba baharu adalah 89 mm lebih panjang tetapi mengekalkan ukuran ketinggian, lebar dan jarak roda yang sama seperti generasi sebelumnya. Namun, Honda mengatakan bahawa Honda Accord mempunyai ruang kaki belakang yang lebih luas dan ruang but yang sama besar.

Spyshot: Honda Accord baharu generasi-11 ditemui di Thailand, menyusul tahun 2023? 06

Honda Accord berspesifikasi Amerika juga dimuatkan dengan kelengkapan teknologi yang memudahkan penghuni seperti infotainment 12.3 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar serta integrasi Google dengan kemas kini Over the Air (OTA).

Suite Honda Sensing ADAS juga mendapat peningkatan melalui kamera baharu dengan medan pandangan 90 darjah yang lebih luas serta radar sudut lebar dengan medan pandangan 120 darjah.

Spyshot: Honda Accord baharu generasi-11 ditemui di Thailand, menyusul tahun 2023? 07

Honda Accord e:HEV pasaran Thailand

Dengan intipan Honda Accord generasi ke-11 serba baharu sudah ditemui di rantau ini, ia kini menjadi persoalan mengenai bilakah sedan legenda Honda ini akan dilancarkan. Memandangkan peningkatan populariti kenderaan hibrid di Thailand, Honda Accord e:HEV serba baharu pastinya akan dilancarkan di sana tetapi adakah ia akan turut dilancarkan di Malaysia?

Baca: Lebih separuh daripada semua Toyota Camry dan Honda Accord yang dijual di Thailand adalah hibrid!

Spyshot: Honda Accord baharu generasi-11 ditemui di Thailand, menyusul tahun 2023? 08

Honda Accord generasi ke-10 ketika ini masih boleh didapati di Malaysia dengan dua varian berkuasa petrol ditawarkan:

  • Honda Accord 1.5 TC – RM 187,400
  • Honda Accord 1.5 TC-P – RM 197,400

Baca: Toyota Camry 2022 vs. Honda Accord – Mana satu paling mantap dan lebih jimat?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda