window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda City facelift 2023 ditemui di India, menyusul ke negara Asia tak lama lagi?

Haris ยท Dec 28, 2022 02:00 PM

Spyshot: Honda City facelift 2023 ditemui di India, menyusul ke negara Asia tak lama lagi? 01

Selepas kemunculan yang tidak disangka-sangka di Thailand, Honda City (generasi GN) facelift 2023 akhirnya menemui negara kedua iaitu India.

Sungguhpun begitu, samaran yang dikenakan di India agak berbeza daripada yang dilihat di Thailand. Set foto intipan menunjukkan sebuah kenderaan yang lebih dilitupi penuh. Biasanya, samaran sebegini membayangkan sentuhan semula visual kereta yang lebih teliti โ€“ berkemungkinan bampar depan dan belakang baharu.

Baca: Spyshot: Honda City facelift diintip, taknak kalah dengan Vios dan bakal dilancar tahun 2023?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Honda City facelift 2023 ditemui di India, menyusul ke negara Asia tak lama lagi? 01

Sumber dari India, portal 91wheels mengatakan bahawa Honda City facelift boleh mengenakan rekaan dalaman yang diperbaharui, antara peningkatan yang dibawakan seperti pengecas nirwayar di poket tengah konsol.

Spekulasi lain juga menambah bahawa Honda Sensing yang dipertingkat juga dalam senarai; mungkin penambahan ciri Lead Car Departure Notification (LCDN) akan ditawarkan. Hal ini berdasarkan Honda BR-V generasi baharu yang sudah menawarkan ciri ini. 

Trenkuasa yang sama juga dijangka akan dikekalkan.

Spyshot: Honda City facelift 2023 ditemui di India, menyusul ke negara Asia tak lama lagi? 02

Kesemua butiran masih belum disahkan namun garis masa untuk kehadiran Honda City facelift adalah tepat, di mana sumber dari India mengatakan pelancaran seawal Januari 2023 mungkin boleh terjadi.

Sedan itu telah berada di pasaran selama 3 tahun (hampir separuh daripada kitaran hayat model 5 hingga 7 tahun) di samping melihat Toyota Vios generasi baharu 2023 (D92A) yang sudah berada di pasaran.

Buat masa ini tiada berita untuk Honda City facelift 2023 untuk Malaysia. Model pasaran kita masih terdiri seperti berikut:

2022 Honda City di Malaysia
Varian Harga
1.5 S RM 77,600
1.5 E RM 85,600
1.5 V RM 90,600
1.5 V Sensing RM 94,600
1.5 RS RM 108,800

Baca: SAH! Toyota Vios 2023 D92A bakal dilancarkan di Malaysia, akan mengegarkan pasaran sedan segmen B!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda