window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda City facelift diintip, taknak kalah dengan Vios dan bakal dilancar tahun 2023?

Haris · Oct 31, 2022 11:00 AM

Spyshot: Honda City facelift diintip, taknak kalah dengan Vios dan bakal dilancar tahun 2023? 01

Walaupun hanya sekitar setahun dalam pasaran Malaysia, Honda City generasi GN nampaknya tidak mahu menunggu terlalu lama untuk menampilkan model facelift setelah pelancaran Toyota Vios D92A serba baharu yang telah dirasmikan baru-baru ini.

Pembaca daripada portal Headlightmag telah berkongsi gambar intipan ini yang dipercayai model Honda City facelift Minor Change 1 (MC1) yang ditemui sedang dipandu uji di Thailand.

Spyshot: Honda City facelift diintip, taknak kalah dengan Vios dan bakal dilancar tahun 2023? 02

Honda City RS pasaran Malaysia

Garis masa yang tepat serta tekanan yang semakin meningkat daripada model pesaing menepati petanda model facelift akan muncul. Honda City generasi GN ini sudah sekitar tiga tahun sejak ia mula diperkenalkan pada November 2019, bermakna ia sudah berusia hampir separuh daripada kitar hayat model iaitu tujuh tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Honda City Sedan vs Hatchback: hatchback lagi mahal tapi adakah mahal = lebih baik?

Spyshot: Honda City facelift diintip, taknak kalah dengan Vios dan bakal dilancar tahun 2023? 01

2023 Toyota Vios D92A

Model Toyota Vios generasi D92A yang baru sahaja dilancarkan tahun ini (dijual di Thailand sebagai Toyota Yaris Ativ) membawakan beberapa ciri baharu beserta dengan peningkatan yang mungkin disasarkan oleh Honda untuk model facelift kali ini.

Baca: Toyota Vios 2023 serba baru 'tapau' jualan Honda City di Thailand pada September 2022, gegar pasaran segmen B!

Spyshot: Honda City facelift diintip, taknak kalah dengan Vios dan bakal dilancar tahun 2023? 02

Kamera monokular pada Honda City bagi tujuan ADAS

Masih terlalu awal untuk menjangkakan ciri baharu yang akan ditawarkan pada Honda City facelift 2023 tetapi bampar dan skirt sisi yang tertutup memberi petanda rekaan yang disentuh semula.

Spekulasi media Thailand juga mengatakan bahawa ia akan melihat suite ADAS Honda Sensing akan dipertingkatkan lagi. Mungkin penambahan Low Speed Follow (LSF) akan ditawarkan? Ketika ini, hanya ciri itu yang menjadi kekurangan pada sistem ADAS Honda City.

Sumber daripada Thai juga mengatakan bahawa ia berkemungkinan akan mengekalkan enjin 1.0 liter turbo yang sama (khas untuk pasaran Thailand) dan enjin 1.5 liter hibrid e:HEV petrol-elektrik, tanpa sebarang perubahan.

Jika anda berminat, apa kata ikuti laman Wapcar-BM dan kami akan mendedahkan perincian terbaharu apabila ia tertiris kelak.

Baca: Ke tepi Toyota, Honda mendahului segmen B, C dan D di Malaysia - 60% jualan daripada duo Honda City!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda