Spyshot: Honda Civic FE 2022 versi produksi dilihat di China

Zamil Syaheer · Mar 23, 2021 04:30 PM

Spyshot: Honda Civic FE 2022 versi produksi dilihat di China 01

Honda Civic 2022 akan datang dengan kod FE telah dilihat di China. Seperti gambar yang tertiris sebelum ini, Civic FE ini nampak seperti model produksi umum.

Juga baca: Bocor: Honda Civic FE - generasi baru Civic, 2 pilihan enjin VTEC!

Spyshot: Honda Civic FE 2022 versi produksi dilihat di China 02

Dari segi eksterior, versi produksi ini nampak lebih kurang sama dengan model prototaip yang membuat debut global beberapa bulan lepas. Hanya ada sedikit perubahan pada bampar depan dan juga roda.

Spyshot: Honda Civic FE 2022 versi produksi dilihat di China 03

Honda Civic Prototaip yang dilancarkan pada tahun lepas.

Pilihan trenkuasa nampaknya akan kekal sama seperti model generasi FC, bergantung kepada rantau. Opsyen yang paling utama setakat ini merupakan enjin 1.5 liter bercas turbo yang dipadankan dengan CVT.

Ia menghasilkan 173 PS dan 220 Nm pada Honda Civic FC, tetapi tiada maklumat lebih lanjut sama ada Honda telah menaik taraf trenkuasa ini.

Juga baca: Bocor: Honda Civic FE 2022 akan kekal menggunakan enjin 1.5L VTEC Turbo!

Spyshot: Honda Civic FE 2022 versi produksi dilihat di China 04

Di Malaysia, Honda Civic FE 2022 serba baru ini mungkin akan tiba pada penghujung tahun 2021 atau awal 2022, walaupun ia telah dilihat di Thailand. Ini kerana Honda memerlukan masa yang lebih panjang untuk pemasangan tempatan.

Juga baca: Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya?

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Honda Civic International Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru