Spyshot: Honda CR-V 2022 serba baru generasi baru, ataupun HR-V spesifikasi USA?
Mersita Β· Apr 20, 2021 03:00 PM
0
0
Barisan model Honda nampak gayanya akan penuh pembaharuan dalam masa terdekat ini. Salah satu daripadanya ialah Honda CR-V 2022 generasi seterusnya yang serba baru, diintip apabila ia diuji di Kanada.
Walaupun ia masih belum dapat disahkan sebagai CR-V, ada beberapa klu yang menjurus arah ini. Salah satunya ialah model generasi kelima yang kini dijual telahpun berada di pasaran sejak kira-kira 5 tahun lalu. Mengikut sejarah, CR-V akan dapat model generasi baru dalam jangkamasa yang lebih kurang sama.
Klu seterusnya ialah lokasi dimana ia diintip. Sumber melaporkan yang kereta berceloreng ini dikesan di Sunderland, Ontario β hanya sejam perjalanan dari kilang Honda di Alliston, Kanada yang secara eksklusifnya memasang Honda Civic dan CR-V bagi pasaran Amerika Utara.
Tapi, boleh jadi juga ia model HR-V?
Selain daripada tekaan yang ia CR-V generasi seterusnya, ada banyak spekulasi yang timbul mengatakan bahawa ia Honda HR-V serba baru, generasi baru yang spesifik untuk pasaran Amerika Utara.
Dalam perkembangan terdahulu, kami ada nyatakan yang pasaran Amerika Utara βakan berbeza daripada Honda Vezel/HR-V yang akan diperkenalkan di rantau-rantau lain,β yang juga bermaksud rekaannya akan berbeza.
Sambil menunggu model yang belum dapat dipastikan ini keluar dari kilang, Honda akan menayangkan Honda Civic 2022 serba baru generasi ke-11 pada 28 April 2021.
Ikut kami rapat-rapat di Facebook WapCar β BM untuk dapatkan berita semasa dan terkini bagi setiap model!
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.