window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda CR-V 2023 serba baharu diintip di Thailand sekali lagi - 2.0L hibrid akan tiba?

Faisal Β· Sep 27, 2022 06:00 PM

Spyshot: Honda CR-V 2023 serba baharu diintip di Thailand sekali lagi -  2.0L hibrid akan tiba? 01

Kredit foto: Facebook Jeerasak S.

Samaran Honda CR-V 2023 generasi baharu nampaknya sekali lagi berlegar di Thailand dan kali ini, ia diintip dengan dua unit sekaligus. Salah satunya mengenakan tetapan dua ekzos yang nampak sedikit berbeza.

Juga bacaSpyshot: Honda CR-V generasi baharu diintip di negara jiran, menyusul ke Malaysia tahun depan?

Spyshot: Honda CR-V 2023 serba baharu diintip di Thailand sekali lagi -  2.0L hibrid akan tiba? 02

Ekzos unit depan sedikit lain.

Perkara ini secara tidak langsung memberitahu kita bahawa Honda CR-V generasi baharu untuk Thailand nanti mungkin ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu kombo 1.5L turbo (193 PS, 243 Nm) dengan transmisi CVT serta enjin 2.0L hibrid (204 PS, 335 Nm) yang menggunakan dua motor elektrik.

Spyshot: Honda CR-V 2023 serba baharu diintip di Thailand sekali lagi -  2.0L hibrid akan tiba? 03

Honda CR-V spec Amerika yang datang dengan enjin 1.5 turbo.

Bagi anda yang belum tahu, Honda CR-V 2023 telahpun tembus pasaran Amerika dan China. Menariknya, di China, ia datang dengan pilihan 7 tempat duduk.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca2023 Honda CR-V generasi baharu debut di China - dalam muat 7-penumpang, enjin 2.0L PHEV menyusul!

Jadi, dengan adanya kelibat SUV segmen C ini di Thailand yang sudah dua kali terlihat, pelancarannya mungkin akan berlangsung tidak lama lagi dan ia bakal menjadi debut pertama untuk rantau ini.

Spyshot: Honda CR-V 2023 serba baharu diintip di Thailand sekali lagi -  2.0L hibrid akan tiba? 01

Honda CR-V di Amerika yang menggunakan enjin 2.0L hibrid. Perasan tak ekzosnya sedikit lain?

Bagaimana dengan Malaysia?

Dengan anggaran pelancaran di Thailand sekitar akhir 2022 atau awal 2023, Honda CR-V serba baharu ini mungkin hanya akan tiba di Malaysia pada akhir tahun hadapan. Lagipun, kilang kita perlu tunggu Thailand dahulu untuk menetapkan komponen pemasangan tempatan.

Untuk makluman anda, Honda CR-V di Malaysia sekarang ditawarkan dengan dua pilihan enjin melalui varian seperti berikut:

  • 2.0 2WD - RM 146,900
  • 1.5 TC-P 2WD – RM 165,800
  • 1.5 TC-P 4WD – RM 171,400

Juga baca2023 Honda CR-V generasi baharu didedah - 1.5 Turbo dan 2.0 Hybrid, dilengkapi 10 beg udara!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda