window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda CR-V generasi baharu diintip di negara jiran, menyusul ke Malaysia tahun depan?

Haris · Sep 5, 2022 05:00 PM

Spyshot: Honda CR-V generasi baharu diintip di negara jiran, menyusul ke Malaysia tahun depan? 01

2023 Honda CR-V generasi keenam serba baharu telah melakukan debut global di pasaran Amerika Utara pada bulan Julai. SUV segmen C dengan Amerika-sentrik ini akhirnya akan tiba ke pasaran ASEAN kita mungkin dalam setahun dua lagi.

Hal ini berikutan penyamaran SUV yang dilihat mirip CR-V dikesan di Thailand baru-baru ini.

Spyshot: Honda CR-V generasi baharu diintip di negara jiran, menyusul ke Malaysia tahun depan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dikongsikan oleh pengguna dalam Honda HR-V 2022 Club Thailand Facebook Group, kita dapat melihat tangkapan syot yang jelas pada bahagian belakang, dipercayai Honda CR-V serba baharu. Tiada intipan pada bahagian hadapan diambil dapat tetapi pengguna menyifatkan bahagian depan SUV misteri ini "mirip Honda HR-V".

Spyshot: Honda CR-V generasi baharu diintip di negara jiran, menyusul ke Malaysia tahun depan? 01

Semasa debut Honda CR-V generasi keenam ini, dua pilihan rangkaian kuasa telah diumumkan iaitu enjin 1.5 liter pengecas turbo petrol (193 PS/243 Nm) yang dikemas kini atau enjin 2.0 liter hibrid elektrik-petrol dwi motor (output gabungan 204 PS/335 Nm) yang lebih berkuasa.

Baca: 2023 Honda CR-V generasi baharu didedah - 1.5 Turbo dan 2.0 Hybrid, dilengkapi 10 beg udara!

Spyshot: Honda CR-V generasi baharu diintip di negara jiran, menyusul ke Malaysia tahun depan? 02

Sukar untuk mengetahui mana satu antara enjin yang disenaraikan ini berada di bawah hud Honda CR-V ini tetapi memandangkan pelancaran Honda HR-V dan Civic  diThailand baru-baru ini menawarkan kedua-dua pilihan, mungkin Honda HR-V generasi baharu akan mengikuti jejak strategi tersebut.

Baca: Terlalu besar & mahal, jualan Honda CR-V & Accord yang lebih sesuai di Amerika bakal berakhir di Jepun

Spyshot: Honda CR-V generasi baharu diintip di negara jiran, menyusul ke Malaysia tahun depan? 03

Bercakap mengenai Honda Civic, CR-V serba baharu mendapat beberapa perkongsian komponen dengan Civic generasi FE terkini. Kebanyakan komponen yang dikongsikan berada di bahagian dalam dengan corong pendingin hawa bentuk heksagon honeycomb yang sangat merentangi di keseluruhan papan pemuka.

Spyshot: Honda CR-V generasi baharu diintip di negara jiran, menyusul ke Malaysia tahun depan? 04

Sebagai rujukan, ini bukan kali pertama CR-V serba baharu dikesan di Thailand tetapi berdasarkan rekod prestasi Honda sebelum ini, ia berpotensi untuk dilancarkan di Thailand pada akhir 2022 atau awal 2023.

Sebagai contoh, imej intipan Honda Civic FE pertama kali muncul di Thailand pada Januari 2021 dan ia membuat penampilan sulung di sana 7 bulan kemudian pada bulan Ogos 2021.

Spyshot: Honda CR-V generasi baharu diintip di negara jiran, menyusul ke Malaysia tahun depan? 05

Bagaimanapun, pelancarannya di Malaysia akan berlaku lebih lambat lagi bagi menyediakan barisan pemasangan tempatan (CKD) yang memerlukan sedikit masa. Honda Civic sebagai rujukan, pelancaran Malaysia berlaku sekitar 6 bulan kemudian pada Januari 2022.

Oleh yang demikian, tidak keterluan sekiranya Honda CR-V generasi keenam serba baharu akan dilancarkan di Malaysia sekitar hujung tahun 2023 atau awal 2024. Kredit: ก๊อตก๊อต ก๊อตก๊อต

Baca: Laku keras dengan jualan lebih 63k unit, Honda CR-V kini tawar 2 warna baharu popular atas permintaan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda