Jika anda mengikuti WapCar – BM, Honda HR-V 2021 bakal membuat debutnya pada 18 Februari. Sebelum itu berlaku, banyak gambar intipan dan maklumat lebih lanjut telah kami berjaya dapatkan tentang SUV ini.
Walaupun reka bentuk rim ini bukanlah akhir, tetapi imej ini memberi gambaran yang agak baik.
Gambar intipan yang kami dapat kali ini menunjukkan ada dua unit HR-V, dan jika anda lihat dengan lebih dekat anda boleh nampak dua jenis rekaan rim yang berbeza.
Rim 6-bilah ini dikatakan berukuran 16 inci, manakala rim 5-bilah yang lebih besar ini berukuran 18 inci.
Sumber dari Jepun ini juga mengatakan bahawa kereta di atas ini mempunyai but belakang berkuasa. Kami harap ini adalah kelengkapan standard.
Manakala fasia depan yang nampak lebih dinamik ini dilengkapi dengan lampu depan LED dan juga lampu siang (DRL) yang mungkin adalah kelengkapan standard bagi kesemua varian.
Honda HR-V serba baru generasi seterusnya ini dikatakan akan hadir dengan beberapa pilihan ciri-ciri menarik, terutamanya reka bentuk badan yang lebih ‘upmarket’ dengan warna dwi-tona di bahagian eksterior dan interior, termasuklah sistem Honda Connect telematics.
Di Malaysia pula, Honda HR-V generasi terkini pun telah mendapat kemas kini baru, dengan lampu depan LED menggantikan halogen pada varian Hybrid, penyambungan Android Auto dan Apple CarPlay, termasuklah beberapa kemasan ringkas di bahagian eksterior.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen