window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda WR-V sudah dipandu uji di Malaysia, pesaing Ativa bakal menyusul!

Haris ยท Mar 8, 2023 10:00 AM

Spyshot: Honda WR-V sudah dipandu uji di Malaysia, pesaing Ativa bakal menyusul! 01

Sumber: Richard Then

Tidak lama lagi, Perodua Ativa tidak akan bersendirian dalam pasaran SUV kompak Malaysia kerana model terbaru Honda WR-V 2023 yang akan datang ini sudah diintip menjalani pandu uji di atas jalan raya tempatan.

SUV dengan penyamaran sepenuhnya ini seolah tidak dapat dikenali tetapi terdapat beberapa petanda yang mengesahkan bahawa ini adalah WR-V.

Pertama sekali, bahagian belakang SUV itu kelihatan serupa dengan WR-V yang membuat kemunculan sulung peringkat global di Indonesia tahun lepas. Malah, terdapat penonjolan ketara pada cermin sisi penumpang iaitu lokasi kamera Honda LaneWatch.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, SUV ini juga menggunakan nombor plat dagangan Melaka, M 248 A, dan negeri bersejarah itu juga merupakan lokasi kilang Honda Malaysia di Pegoh.

Spyshot: Honda WR-V sudah dipandu uji di Malaysia, pesaing Ativa bakal menyusul! 01

Honda WR-V hanya boleh didapati dengan satu spesifikasi di Indonesia, enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi i-VTEC DOHC menghasilkan 121 PS dan 145 Nm. Enjin ini dipasangkan dengan kotak gear automatik jenis CVT dan spesifikasi ini juga terdapat pada Honda BR-V serba baharu serta varian petrol Honda City dan Honda City Hatchback.

Baca: Honda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022

Spyshot: Honda WR-V sudah dipandu uji di Malaysia, pesaing Ativa bakal menyusul! 02

Honda WR-V telah mengatasi Toyota Raize dari segi jualan di Indonesia sejak penampilan pertamanya. Indonesia merupakan pangkalan pengeluaran bagi SUV kompak Honda dengan rancangan untuk dieksport ke pasaran di sekitar ASEAN dan pasaran membangun yang lain.

Spyshot: Honda WR-V sudah dipandu uji di Malaysia, pesaing Ativa bakal menyusul! 03

Di Malaysia, Honda WR-V berkemungkinan akan dipasang secara tempatan (CKD) di Melaka. Walaupun bersaing dengan Perodua Ativa, harga permulaan WR-V mungkin lebih tinggi daripada spesifikasi teratas Ativa berharga antara RM 62,500 hingga RM 73,400.

Baca: Honda WR-V mendapat penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, bakal bersaing dengan Ativa di Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda