window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Hyundai Creta diintip, SUV kompak baru yang bakal menggantikan Kona?

Haris Β· Jul 26, 2021 07:00 PM

Spyshot: Hyundai Creta diintip, SUV kompak baru yang bakal menggantikan Kona? 01

Gambar SUV kompak dengan samaran yang ditangkap di Jawa Barat, Indonesia muncul di media sosial pada hujung minggu lalu. Lokasinya? Berdekatan kilang baru Hyundai Indonesia di Cikarang, Jawa Barat.

SUV misteri itu tidak lain dan tidak bukan adalah Hyundai Creta pemasangan tempatan (CKD) Indonesia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Hyundai Creta diintip, SUV kompak baru yang bakal menggantikan Kona? 01

Menurut Otodriver, Hyundai sedang menguji Creta sebagai kemungkinan untuk menggantikan Hyundai Kona enjin pembakaran dalaman biasa (ICE).

Bagaimana situasi ini terjadi? Pertamanya, Hyundai Kona dijangka akan dibangunkan untuk menjadi model kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya di Indonesia. Ini bagi memenugi aspirasi negara tersebut yang mensasarkan untuk menjadi hub kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2050

Spyshot: Hyundai Creta diintip, SUV kompak baru yang bakal menggantikan Kona? 02

Oleh yang demikian, Hyundai Creta pula akan diposisikan sebagai pilihan enjin petrol, menggantikan Hyundai Kona generasi baru yang berkuasa elektrik.

Tambah Otodriver, Hyundai Creta berkemungkinan besar dilengkapi dengan enjin 1.5 liter NA yang menghasilkan 115 PS dan 144 Nm sebagai output kuasa standard. Pilihan enjin lain termasuklah 1.4L turbo dan 1.5L diesel didapati kurang sesuai untuk pasaran Indonesia dan ASEAN.

Spyshot: Hyundai Creta diintip, SUV kompak baru yang bakal menggantikan Kona? 03

Turut dikenali sebagai Hyundai ix25 di China

Jangan pandang rendah, Hyundai Creta adalah antara model terlaris Hyundai di India. Ingin mengikut strategi yang sama, Hyundai Creta sudah beberapa kali diuji di Indonesia, malah berkemungkinan untuk masuk ke Malaysia.

Spyshot: Hyundai Creta diintip, SUV kompak baru yang bakal menggantikan Kona? 04

Hyundai Kona

Melihat kepada harga Hyundai Kona yang bermula sekitar RM 119k, Hyundai Creta memberi petanda bahawa Hyundai mungkin mampu bersaing untuk SUV sekitar harga RM 100k. Jika ini terjadi, adakah pembeli di Malaysia akan terbuka untuk Hyundai Creta?

Bacaan Lanjut:

Pelan eksport kereta Malaysia ke Indonesia tergugat dengan Hyundai Creta 7 tempat duduk?

Hyundai Creta diintip di Indonesia, bakal tiba ke Malaysia?

Hyundai Kona facelift 2021 dilancarkan – enjin SmartStream G2.0 + CVT, bermula RM 119,888!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Hyundai Creta 1.5 PLUS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda