Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift di Indonesia, Malaysia bernasib malang?

Faisal · Jan 26, 2021 03:00 PM

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift di Indonesia, Malaysia bernasib malang? 01

Kini, sudah hampir 3 bulan sejak Hyundai Indonesia melancarkan Hyundai Kona Electric sekali dengan Ioniq Electric. Walau apapun, penemuan baru-baru ini menjelaskan beberapa intipan Hyundai Kona Electric facelift di negara tersebut.

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift di Indonesia, Malaysia bernasib malang? 02

Perbandingan bersebelahan untuk model sebelum facelift (kiri) dan facelift (kanan)

Menurut Instagram Indra Fathan, intipan ini diambil di markas Hyundai di Indonesia. Berdasarkan maklumat yang sahih, model facelift akan hadir dengan ciri yang lebih lengkap.

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift di Indonesia, Malaysia bernasib malang? 03

Selain perubahan eksterior, Kona Electric facelift dijangka hadir dengan pilihan warna hitam dan beberapa pembaikan pada ciri keselamatan. Antaranya seperti amaran titik buta dan amaran pelintas belakang.

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift di Indonesia, Malaysia bernasib malang? 01

Memandangkan model sebelum facelift tidak hadir dengan ciri tersebut, harganya bakal menyaksikan sedikit peningkatan. Untuk maklumat anda, Hyundai Kona Electric di Indonesia berharga RM 194,201.

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift di Indonesia, Malaysia bernasib malang? 02

Pemasangan Hyundai Kona Electric di Indonesia merupakan salah satu daripada perancangan Hyundai untuk menjadikan negara itu sebagai pusat rantau ASEAN.

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift di Indonesia, Malaysia bernasib malang? 03

Hyundai Kona Electric di Kuala Lumpur International Motor Show 2018

Kembali ke Malaysia, tiada sebarang perkhabaran mengenai Hyundai Kona Electric. Walaupun model ini pernah dipamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 dan beberapa unit telahpun dijumpai menggunakan plat dagangan, perkhabarannya seperti tidak muktamad.

Untuk pengetahuan anda, unit tersebut pernah digunakan sebagai kereta latihan oleh ibu pejabat serantau yang telah ditutup di Mutiara Damansara.

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift di Indonesia, Malaysia bernasib malang? 04

Walau bagaimanapun, anda boleh mengetahui perbandingan kami mengenai Hyundai Kona yang telah dilancarkan tahun lepas dengan Proton X50 dan Honda HR-V.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Kona Electric e-Lite

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru