window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran!

Faisal Β· May 10, 2021 04:00 PM

SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran! 01

Palisade di kini, GV80 di kanan.

Baru sebentar tadi, Hyundai Palisade 2021 dan Genesis GV80 2021 telahpun diintip di tanah air tanpa seurat benang.

SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran! 02

Hyundai Palisade spec Australia.

Pada bulan Mac yang lalu, kami melaporkan bahawa Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) akan memperkenalkan Palisade dalam tahun ini juga. Bagi anda yang belum tahu, Hyundai Palisade adalah sebuah SUV premium dengan 7 tempat duduk. Ia dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 3.8L V6 yang berkitaran Atkinson dengan suntikan direct-injection. Enjin ini menghembuskan 291 PS dan 355 Nm tork.

Juga bacaHyundai Palisade 2021 dengan enjin 3.8L V6, bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021!

SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun begitu, Palisade yang diperlihat oleh laman Careta ini adalah versi pandu belah kiri. Secara tidak langsung, ini menandakan bahawa ia hanyalah kereta latihan yang dimiliki oleh pusat latihan Hyundai serantau yang sudahpun ditutup.

Juga bacaHyundai bakal tutup ibu pejabat wilayah Asia Pasifik di Malaysia, pindah ke Indonesia

Bagaimana pula dengan Genesis GV80?

SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran! 01

Sebelah Hyundai Palisade pula ialah Genesis GV80. Ia juga merupakan SUV dengan 7 tempat duduk tetapi jauh lebih mewah daripada Palisade.

SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran! 02

Walaupun kami tidak dapat pastikan enjin apa yang digunakan pada unit ini, Genesis GV80 hadir dengan pilihan enjin petrol berpengecas turbo dengan kapasiti 2.5L dan 3.5L. Malah, terdapat juga pilihan enjin 3.0L diesel.

SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran! 03

Genesis GV80 spec Australia.

Antara ciri yang didatangkan sebagai standard ialah kluster instrumen digital, sistem infotainment sesentuh 14.5 inci, dan tempat duduk kulit dengan lasaran elektronik.

SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran! 04

Selain itu, SUV mewah ini turut hadir dengan 10 beg udara dan sistem bantuan keselamatan ADAS yang lengkap. Antaranya seperti:

  • Kawalan pelayaran adaptif dengan Stop & Go (ACC)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keeping Assist (LKA)

SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran! 05

Apapun, tiada harapan yang besar untuk Genesis GV80 diperkenalkan di pasaran Malaysia. Hal ini berikutan kerana sebelum ini, sambutan buat jenama ini cukup hambar. Jadi, unit yang dilihat ini mungkin untuk kegunaan dalaman sahaja.

Juga bacaBermula dari bengkel kecil hingga mengalahkan Mercedes, ini kisah kecekalan Hyundai

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Palisade 2.2 Diesel Exec 8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda