window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Hyundai Palisade 2021 mendarat di Malaysia untuk lawan XC90, CX-9 dan X90!

Haris Β· Oct 25, 2021 04:30 PM

Spyshot: Hyundai Palisade 2021 mendarat di Malaysia untuk lawan XC90, CX-9 dan X90! 01

Pencabar terbaru untuk SUV bersaiz mega kini telah tiba di Malaysia dengan kehadiran Hyundai Palisade 2021 yang diintip hari ini. Model SUV 8-penumpang ini ditagih sebagai pengganti kenderaan 7-penumpang mewah di Malaysia yang selama ini didominasi oleh MPV 'peti sejuk' yang kurang estetik berbanding sebuah SUV.

Gambar intipan disedari oleh seorang pembaca Wapcar.my yang menyedari bahawa model yang sedang dipunggah dari sebuah trak di Selangor adalah sebuah Hyundai Palisade 2021.

Spyshot: Hyundai Palisade 2021 mendarat di Malaysia untuk lawan XC90, CX-9 dan X90! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai-Sime Darby Motors, pengedar kenderaan jenama Hyundai di Malaysia pernah mengumumkan perancangan mereka untuk tahun 2021. Ketika itu, mereka telah mengesahkan 2 model yang bakal dilancarkan tahun 2021 iaitu Hyundai Palisade dan Hyundai Kona facelift.

Dengan model Kona facelift rasmi dilancarkan, kini giliran Hyundai Palisade untuk dilancarkan berbaki 2 bulan lagi sebelum tahun 2021 melabuhkan tirai.

Baca: Hyundai Kona 1.6T dan N Line 2021 dilancar di Malaysia, enjin turbo, bermula RM 146k!

Spyshot: Hyundai Palisade 2021 mendarat di Malaysia untuk lawan XC90, CX-9 dan X90! 01

Merujuk kepada model yang ditawarkan oleh negara jiran, Hyundai Palisade spesifikasi Singapura adalah varian 8 tempat duduk yang menawarkan kerusi barisan kedua dan ketiga jenis bangku biasa. Spesifikasi ini turut memberi kemungkinan bahawa hanya varian tunggal yang akan ditawarkan.

Malah rekaan rim yang konsisten antara 3 model yang diintip turut menguatkan lagi dakwaan varian tunggal yang bakal dipasarkan.

Spyshot: Hyundai Palisade 2021 mendarat di Malaysia untuk lawan XC90, CX-9 dan X90! 02

SUV 8-penumpang ini adalah sebuah ‘apartment bergerak’ yang dikuasakan oleh enjin bersesaran sehingga 3.8 liter NA V6 yang mampu mencatatkan sehingga 292 PS kuasa kuda dan 355 Nm tork.

Dari segi estetik, Hyundai Palisade 2021 tentu akan memenangi hati dan mata yang memandangnya. Ia kelihatan lebih moden dan bergaya, sesuai untuk mereka yang mementingkan rekaan kerana sering dilihat bergaya di dada akhbar dan media.

Hyundai Palisade disasarkan untuk menyaingi beberapa model SUV 7-penumpang mewah seperti Volvo XC90 dan juga Mazda CX-9. Bagaimana pula harganya? Nantikan pelancarannya di Wapcar-BM.

Baca: Hyundai Palisade 2021 pasaran Singapura memberi klu spesifikasi akan datang di Malaysia
 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Palisade 2.2 Diesel Exec 8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda