window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Ini Perodua Myvi facelift 2021 (D51A)? ASA 3.0 dan rekaan bumper baru!

Haris · Jul 3, 2021 08:45 PM

Spyshot: Ini Perodua Myvi facelift 2021 (D51A)? ASA 3.0 dan rekaan bumper baru! 01

Perodua Myvi dijangka akan menerima facelift pada hujung tahun 2021 dan ini dikuatkan lagi oleh sebuah imej yang tular di laman sosial. Siluet yang mirip dengan Perodua Myvi tersebut dipercayai adalah Perodua Myvi facelift 2021 berkod D51A.

Menurut laman Facebook RiderAth, ini adalah Perodua Myvi facelift 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Ini Perodua Myvi facelift 2021 (D51A)? ASA 3.0 dan rekaan bumper baru! 01

Berdasarkan siluet tersebut, bumper hadapan dikemaskini dengan corong angin yang lebih ramping. Selain itu, palang krom yang berada pada ditengah-tengah bumper bahagian atas juga nampak dikemaskini.

Spyshot: Ini Perodua Myvi facelift 2021 (D51A)? ASA 3.0 dan rekaan bumper baru! 02

Terdapat juga kamera ASA yang memberi petanda bahawa Perodua Myvi akan dilengkapi dengan sistem ADAS Perodua A.S.A 3.0 yang lebih terkini. Ini juga seiring dengan piawai ASEAN NCAP yang lebih tinggi bermula dari tahun 2021.

Spyshot: Ini Perodua Myvi facelift 2021 (D51A)? ASA 3.0 dan rekaan bumper baru! 03

Kotak gear Perodua Ativa

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Perodua Myvi facelift 2021 bakal menggugurkan transmisi manual secara keseluruhan. Transmisi automatik 4-kelajuan pula mungkin akan digantikan dengan transmisi D-CVT seperti yang terdapat pada Perodua Ativa.

Spyshot: Ini Perodua Myvi facelift 2021 (D51A)? ASA 3.0 dan rekaan bumper baru! 04

Perodua Myvi generasi ketiga telah menjangkau 4 tahun dalam pasaran dan hanya menerima kemaskini kecil running change. Tahun 2021 mungkin sedikit lewat untuk pengenalan facelift namun ini difahami kerana tak banyak yang perlu diubah dalam model hatchback nombor 1 Malaysia ini.

Bacaan Lanjut:

Perodua Myvi 'facelift' 2021 bakal dilancar: Kod D51A, ini apa yang anda perlu tahu!

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat?

Daihatsu Sirion tiba-tiba laku di Indonesia, ketika Perodua Myvi dicatu pengeluaran?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda