window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SPYSHOT: Intipan eksklusif Ora Black Cat di Malaysia!

Faisal ยท Apr 22, 2021 08:00 PM

SPYSHOT: Intipan eksklusif Ora Black Cat di Malaysia! 01

Sewaktu kami sedang syok mengintip Ora Good Cat, sebuah lagi kereta elektrik (EV) Ora diperlihatkan di kawasan yang sama. Dikenali sebagai Ora Black Cat ataupun Ora R1, hatchback yang comel ini adalah kereta elektrik Great Wall Motors (GWM) yang berharga paling murah. Ia ditawarkan dengan julat harga 59,000 RMB ke 77,800 RMB (RM 37,894 – RM 49,300).

Juga bacaSpyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke?

SPYSHOT: Intipan eksklusif Ora Black Cat di Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk maklumat anda, Ora Black Cat bersaiz lebih kecil daripada Good Cat. Hatchback ini dibangunkan untuk pemuda, khususnya di China. Menariknya, Ora Black Cat ini nampak iras Honda e, kereta elektrik bandar buatan Honda.

Walaupun dengan kuasa elektrik sebanyak 49 PS sahaja, jumlah tork sebanyak 125 Nm yang didatangkan sebenarnya boleh tandingi Suzuki Swift.

SPYSHOT: Intipan eksklusif Ora Black Cat di Malaysia! 01

Apa yang lebih menarik mengenai hatchback elektrik yang comel ini ialah jarak pemanduannya yang mana ia boleh berjalan sehingga 301 km berbanding 220 km pada Honda e. Lebih jauh lebih baik kan?

Buat masa ini, harga Ora Black Cat masih belum dapat disahkan di Malaysia. Namun begitu, adakah ia betul-betul akan dilancarkan di Malaysia? Ikuti kami untuk mengetahui sebarang pengumuman oleh wakil GWM tidak lama lagi.

Juga baca

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V!

INTIPAN - Haval First Love kini di Malaysia!

SPYSHOT: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda