window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Iriz crossover baru ada skrin terapung besar! Persona pun rim baru, lampu LED

Mersita · Feb 26, 2021 12:50 PM

Spyshot: Iriz crossover baru ada skrin terapung besar! Persona pun rim baru, lampu LED 01

Sumber: Funtasticko

Dah banyak kali kita lihat gambar intipan Proton Persona dan Proton Iriz generasi baharu serta versi crossovernya dipandu-uji di jalan raya sambil dilitupi celoreng. Pastinya ‘hype’ bagi model-model baharu Proton ini semakin hangat dan sedikit demi sedikit kita boleh jangkakan perincian baharunya apabila ia dilancarkan nanti.

Spyshot: Iriz crossover baru ada skrin terapung besar! Persona pun rim baru, lampu LED 02

Gambar intipan terdahulu ditangkap oleh Sheqal Hazaakbar - Persona, Iriz, dan Iriz crossover naik Genting Highlands! Sumber: Funtasticko

Rakan kami di Funtasticko baru-baru ini menunjukkan gambar intipan ditangkap oleh Amir Zaheen Minhaj dan apa yang kami boleh katakan ialah perincian pada model Iriz versi crossover kini boleh dilihat dengan lebih jelas! Luaran Proton Persona dan Iriz crossover baharu dilihat delengkapi dengan perincian lebih 'sporty'.

Gambar intipan tersebut menampakkan skrin infotainmen Iriz crossover yang terapung. Jelas terlihat juga saiznya yang agak besar – ‘confirm’ puas!

Spyshot: Iriz crossover baru ada skrin terapung besar! Persona pun rim baru, lampu LED 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Melalui gambar-gambar intipan ini, kita dah boleh sahkan yang kesemua model baharu ini nanti akan menggunakan logo Proton yang baharu serta rekaan gril ‘Infinite Weave’ dan ‘Ethereal Bow’ yang serupa seperti Proton X50. Lampu hadapannya juga nampak baru dan pastinya akan datang dalam bentuk LED.

Rupa bentuk hadapannya juga boleh dilihat dengan rupa lebih agresif. Bukaan anginnya di bahagian bawah tampak lebih besar dan dihiasi dengan corak sarang lebah. Bampar hadapannya juga seperti dilengkapi dengan pengesan/sensor parkir.

Spyshot: Iriz crossover baru ada skrin terapung besar! Persona pun rim baru, lampu LED 01

Reka bentuk rim juga tampak baharu – bercat warna gelap dengan jejari banyak dan padat. Seperti yang boleh dijangkakan, Iriz baharu ini nanti akan didatangkan dengan kemasan cat badan dwi-tona seperti yang boleh dilihat pada ‘spoiler’ belakangnya yang bercat warna hitam.

Spyshot: Iriz crossover baru ada skrin terapung besar! Persona pun rim baru, lampu LED 02

Proton Persona

Proton Persona yang diintip juga diperincikan dengan 'spoiler' belakang bercat warna hitam serta rim jejari warna hitam berjejari 6x2 yang tampak hebat!

Spyshot: Iriz crossover baru ada skrin terapung besar! Persona pun rim baru, lampu LED 03

Nampak gayanya model-model baharu ini tidak lama lagi akan tiba di pasaran – barangkali pada suku kedua tahun ini jika tiada halangan. Apa pendapat anda? Jom kongsi di ruangan komen Facebook WapCar – BM!

Sumber: Funtasticko

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda