window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman!

Haris Β· Feb 27, 2023 03:00 PM

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 01

Sebagai pilihan utama rakyat Malaysia yang dianugerahkan dengan gelaran yang penting, Toyota Alphard dilaporkan telah menamatkan penjualannya di Malaysia dan di Jepun.

Dengan spekulasi bahawa generasi baru bakal menyusul, internet mampu menghasilkan maklumat berharga mengenai apa yang akan datang dengan Toyota Alphard serba baharu.

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakaman bocor mengenai Toyota Alphard generasi ke-4 yang akan datang telah tertiris. Dilaporkan diambil pada sesi latihan kakitangan di China, beberapa imej tersebut telah dimuat naik ke laman media sosial China, Xiao Hong Shu.

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 01

Video itu jelas menunjukkan reka bentuk suku belakang Alphard serba baharu, yang sebahagian besarnya mirip dengan generasi AH30 sekarang. Di bahagian belakang, lampu ekor mempunyai penampilan yang lebih anggun dan kelihatan menggunakan LED.

Skrip Alphard juga kini diletakkan di bahagian tengah but belakang betul-betul di bawah lencana elips Toyota.

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 02

Di bahagian sisi pula, Toyota Alphard serba baharu juga mengekalkan tiang B krom tetapi ia juga kelihatan bahawa garis bahu bahagian depan lebih rendah daripada belakang.

Rakaman itu tidak mendedahkan reka bentuk depan tetapi berkemungkinan gril depan bergaya perisai daripada generasi terdahulu Alphard boleh dikekalkan ke generasi akan datang.

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 03

Sungguhpun begitu, terdapat banyak imej yang mendedahkan bahagian dalam Alphard serba baharu dan ia kelihatan lebih moden. Diposisikan di tengah-tengah papan pemuka adalah skrin infotainment skrin sentuh terapung yang luas. Media Jepun berspekulasi bahawa sistem infotainment 14-inci mungkin diambil daripada Lexus RX serba baharu.

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 04

Dibawah konsol tengah, Toyota Alphard serba baharu nampaknya menggunakan reka bentuk penukar gear gaya tombol baharu. Susun atur operasi butang adalah mirip dengan yang digunakan pada Toyota Prius atau Crown serba baharu yang menggantikan mekanisme pada Toyota Alphard AH30 lama.

Baca: Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat!

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 05

Video yang tertiris itu juga menunjukkan paparan instrumen pemacu digital sepenuhnya dan stereng kelihatan tidak mempunyai butang fizikal. Sebaliknya, terdapat spekulasi bahawa butang pada roda adalah jenis kawalan sensitif sentuhan seperti yang dilihat pada Mercedes-Benz tetapi terdapat juga beberapa dail di bawah skrin infotainment untuk mengawal suhu dan kelajuan pendingin hawa.

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 06

Namun perubahan terbesar Toyota Alphard baharu dikhaskan untuk penghuni belakang. Sepasang kerusi kapten menduduki barisan kedua dan berdasarlan rakaman, kerusi menggunakan upholsteri kulit coklat berkemungkinan untuk varian atasan. 

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 07

Di tengah-tengah baris kedua, terdapat dua pad panel sentuh yang boleh digunakan untuk melaraskan corong udara belakang dan tempat duduk serta mengaktifkan pengudaraan atau pemanasan kerusi.

Baca: Selepas 7 tahun, Toyota Alphard & Vellfire kini lenyap dari laman web UMWT. Tanda-tanda model baru akan datang?

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 08

Satu lagi ciri mewah untuk penghuni belakang adalah bumbung panorama suria individu bagi setiap baris. Sebenarnya, ciri ini pernah ditawarkan pada perintis Alphard iaitu van Toyota TownAce / Master Ace Surf lama pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 09

Berdasarkan rakaman pratonton dalaman Alphard serba baharu itu, VIP Malaysia mungkin tidak sabar untuk berbaris di pengedar recond kegemaran mereka kelak. Toyota Alphard serba baharu akan menggunakan platform TNGA-K dan boleh dikuasakan oleh enjin turbocaj petrol dan petrol-elektrik hibrid Dynamic Force.

Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman! 10

Toyota Alphard serba baharu akan membuat kemunculan sulung di Jepun menjelang Mei manakala tempahan untuk Alphard dan Vellfire sekarang telah dihentikan di Jepun dan di Malaysia.

Bercakap tentang Vellfire, model kembar ini boleh menemui penghujungnya dengan Alphard generasi akan datang mungkin menjadi model tunggal.

Baca: 340 PS Mega Van? Toyota Alphard Hybrid mungkin menyusul Mei 2023 ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda