window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Kelibat Honda City 2023 facelift dilihat di Malaysia - ada Low-Speed Follow untuk cabar Vios?

Faisal · May 15, 2023 11:00 AM

Spyshot: Kelibat Honda City 2023 facelift dilihat di Malaysia - ada Low-Speed Follow untuk cabar Vios? 01

Selepas sebulan dirasmikan di India, kelibat Honda City 2023 facelift nampaknya telah mula berlegar di Malaysia.

Bagi anda yang belum tahu, ia merupakan model keempat yang bakal Honda Malaysia lancarkan tahun ini dan ia pasti akan menjadi pencabar yang lebih mantap untuk Toyota Vios.

Spyshot: Kelibat Honda City 2023 facelift dilihat di Malaysia - ada Low-Speed Follow untuk cabar Vios? 02

Model facelift di pasaran India.

Gambar yang anda lihat ini adalah dari Mayr Naru dan seperti yang boleh diteliti, terdapat samaran pada bampar belakang dan roda. Petunjuk ini sekaligus memberitahu akan apa yang berbeza pada model facelift nanti. Bahagian depan pula tidak dapat dilihat tetapi ia sepatutnya sama dengan model di India.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Kelibat Honda City 2023 facelift dilihat di Malaysia - ada Low-Speed Follow untuk cabar Vios? 01

Wajah depan Honda City facelift.

Bercakap mengenai model facelift, ADAS Honda Sensing buat City RS e:HEV di India diperbaharui dengan ciri Low-Speed Follow.

Apapun, untuk spesifikasi atau pembaharuan yang lebih tepat buat pasaran Malaysia, kita perlu tunggu pelancaran dari Thailand dahulu.

Spyshot: Kelibat Honda City 2023 facelift dilihat di Malaysia - ada Low-Speed Follow untuk cabar Vios? 02

Enjin e:HEV.

Dari segi trenkuasa, enjin pada Honda City facelift kekal menggunakan nadi 1.5L NA (121 PS, 145 Nm) dan nadi hibrid e:HEV (kuasa motor elektrik sebanyak 109 PS, 253 Nm).

Secara amnya, Honda City di Malaysia ditawarkan melalui 5 varian dengan harga seperti di bawah:

  • 1.5 S: RM 77,600
  • 1.5 E: RM 85,600
  • 1.5 V: RM 90,600
  • 1.5 V Sensing: RM 94,600
  • 1.5 RS e:HEV: RM 108,800

Juga bacaPengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda