window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Kia Sorento baharu terdedah atas jalan, pelancaran semakin dekat?

Haris · Dec 8, 2022 03:00 PM

Spyshot: Kia Sorento baharu terdedah atas jalan, pelancaran semakin dekat? 01

Selepas diambil alih oleh Dinamikjaya Motors, Kia nampaknya sudah mula membangkitkan semula minat rakyat Malaysia terhadap kenderaan perisa kimchi dengan penawaran harga menarik berserta pakej penyelenggaraan percuma. Walaupun hanya tampil dengan 2 model sahaja setakat ini, syarikat itu mungkin memberi bayangan bahawa model baharu bakal menyusul iaitu Kia Sorento.

Spyshot: Kia Sorento baharu terdedah atas jalan, pelancaran semakin dekat? 02

Menariknya, sebuah Kia Sorento generasi baharu ditemui secara terbuka ketika pelancaran BYD Atto 3 hari ini. Pengeluar EV dari China itu hadir ke pasaran Malaysia melalui Sime Darby, juga merupakan pemegang saham untuk kilang pemasangan kenderaan Inokom di Kulim, Kedah. Kilang tersebut bertanggungjawab menghasilkan Hyundai Santa Fe dan Kia Carnival secara CKD, antara lainnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Kia Sorento baharu terdedah atas jalan, pelancaran semakin dekat? 01

Kredit gambar: KL Gadget Guy

Hubungan antara Kia Sorento dan Sime Darby Motors ini semakin mendalam apabila plat pendaftaran yang digunakan turut ditemui sebelum ini pada sebuah Hyundai Creta yang diintip beberapa bulan lalu. Malah, agak mustahil untuk Kia Sorento ini dibawa masuk atau didaftarkan oleh Dinamikjaya kerana tiada pemegang plat Bermaz Auto.

Baca: Hyundai Creta diintip di Malaysia tanpa sebarang samaran tapi dengan plat yang telah berdaftar?

Spyshot: Kia Sorento baharu terdedah atas jalan, pelancaran semakin dekat? 02

Spyshot: Kia Sorento baharu terdedah atas jalan, pelancaran semakin dekat? 03

Kami juga sempat mengintip bahagian dalam dan nampaknya ia mempunyai penukar gear konvensional yang merupakan petanda bahawa Sorento ini bukan model hibrid. Varian hibrid menggunakan penukar gear jenis tombol berputar. Tempat duduk juga diperbuat daripada fabrik yang pada kebiasannya digunakan pada varian asas.

Spyshot: Kia Sorento baharu terdedah atas jalan, pelancaran semakin dekat? 04

Kia Sorento pemanduan sebelah kanan yang dilihat ini juga menggunakan logo Kia baharu, tidak sama seperti logo yang diacah pada gambar slaid ketika tahun 2021. Kami berspekulasi bahawa ini adalah unit penilaian dalaman yang dimiliki sama ada oleh Hyundai Sime Darby Motors atau pejabat serantau Kia Asia-Pasifik berdasarkan nombor plat yang dikongsi.

Baca: Kia Sorento generasi MQ4 model CKD disahkan untuk Malaysia - bakal tiba pada tahun 2023?

Spyshot: Kia Sorento baharu terdedah atas jalan, pelancaran semakin dekat? 05

Sebagai rujukan, Kia Sorento adalah salah satu daripada 3 model Kia yang dirancang untuk dijual di Malaysia dalam masa beberapa tahun akan datang. Dua model lagi ialah SUV Kia Sportage dan Kia Niro (mungkin dalam bentuk EV).

Dinamikjaya turut mengesahkan pada tahun lepas bahawa Kia Sorento akan ditawarkan dengan kedua-dua enjin pembakaran dalaman (ICE) dan plug-in hybrid (PHEV) di Malaysia.

Spyshot: Kia Sorento baharu terdedah atas jalan, pelancaran semakin dekat? 06

Pada mulanya, Kia Sorento baharu dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2022 namun model ketiga baharu Kia di bawah naungan Dinamikjaya nampaknya tertangguh justeru akan diperkenalkan di Malaysia pada tahun depan. Di sekitar ASEAN, Kia Sorento dijual di Vietnam, Filipina dan Singapura.

Spyshot: Kia Sorento baharu terdedah atas jalan, pelancaran semakin dekat? 07

Kia Sorento pasaran Vietnam dengan logo bulat lama

Di pasaran ASEAN, Kia Sorento pemanduan kiri (LHD) hanya menawarkan enjin 2.5 liter turbo petrok dan 2.2 liter turbodiesel ditawarkan. Sementara itu, enjin 1.6 liter turbo hibrid petrol adalah satu-satunya Kia Sorento yang ditawarkan di Singapura walaupun ia membuat debut serantau di Indonesia pada GIIAS 2022.

Baca: Kia Sorento Hybrid membuat debut ASEAN di GIIAS 2022, bakal tiba di Malaysia kelak!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Kia Sorento 2.2D AWD 6-seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda