window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Kriss 110 jalani ujian. Apa lagi naik taraf nak dibuat Modenas?

Khairil ยท Mar 1, 2021 06:00 PM

Spyshot: Kriss 110 jalani ujian. Apa lagi naik taraf nak dibuat Modenas? 01

Modenas 'mengakhiri' tahun 2020 dengan melancarkan varian terbaharu kepada model moped terlaris mereka, Kriss dikenali sebagai 110 DB (Disc Brake) pada Disember tahun lalu.

Ia adalah versi Kriss yang dipertingkatkan berbanding model Kriss 110 yang dilancarkan Modenas atau Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd beberapa bulan lebih awal.

Spyshot: Kriss 110 jalani ujian. Apa lagi naik taraf nak dibuat Modenas? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perubahan paling ketara bagi model berkenaan pastinya adalah dengan pengenalan  brek cakera piston berkembar di tayar depan.

Ia adalah ciri-ciri yang boleh disifatkan sebagai premium bagi motosikal dalam kelas berkenaan. Lebih-lebih lagi, ia dijual pada tanda harga cukup hebat iaitu RM 3,877 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Spyshot: Kriss 110 jalani ujian. Apa lagi naik taraf nak dibuat Modenas? 01

Selain itu, 'wajah' Kriss 110DB ini juga mengalami perubahan apabila turut didatangkan dengan lampu hadapan jenis multi-reflector baharu untuk peningkatan pencahayaan ketika menunggang pada waktu malam.

Spyshot: Kriss 110 jalani ujian. Apa lagi naik taraf nak dibuat Modenas? 02

Begitupun, berdasaran posting di laman Facebook rakan media automotif, funtasticko.net, timbul satu video yang memaparkan sebuah motosikal Modenas Kriss 110 sedang menjalani ujian jalan raya.

Motosikal dengan tanda dagang K046S itu jelas dari model Kriss 110, bukannya varian terbaharu Kriss 110 DB kerana ia menggunakan brek depan jenis dram.

Spyshot: Kriss 110 jalani ujian. Apa lagi naik taraf nak dibuat Modenas? 03

Tidak diketahui apakah tujuan ujian itu dibuat namun berdasarkan pemerhatian di laman Facebook syarikat berkenaan, rata-rata pengikutnya mahukan sesuatu yang berlainan daripada syarikat berkenaan.

Spyshot: Kriss 110 jalani ujian. Apa lagi naik taraf nak dibuat Modenas? 04

Ia termasuklah pengenalan motosikal dalam kelas 'Super Moped' menerusi kerjasama dengan Kawasaki.

Perkara berkenaan bukan sesuatu yang mustahil kerana motosikal berkenaan juga dilaporkan sedang menjalani ujian jalan raya. Ini laporannya.

Spyshot: Kriss 110 jalani ujian. Apa lagi naik taraf nak dibuat Modenas? 05

Sebagai info, Modenas Kriss yang dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1996 sememangnya berjaya memikat hati pengguna tempatan terutama dengan penawaran harga mampu milik.

Berbalik kepada cerita mengenai ujian jalan raya yang dijalankan kepada model Kriss 110, apa yang utama ialah ia diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda