window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Mercedes-Benz E-Class baharu W214 tertiris, gril baharu lebih eksekutif!

Haris · Nov 24, 2022 06:00 PM

Spyshot: Mercedes-Benz E-Class baharu W214 tertiris, gril baharu lebih eksekutif! 01

Selepas imej papan pemuka Mercedes-Benz E-Class W214 tertiris, nampaknya rekaan gril hadapan sedan eksekutif itu turut mencuri perhatian.

Sama seperti imej papan pemuka, foto ini tertiris di rangkaian media sosial China, xiaohongshu yang setaraf dengan Instagram untuk pengguna China.

Menariknya, foto itu menunjukkan bahawa model generasi W214 serba baharu tidak akan meniru gaya W223 / V223 S-Class yang merupakan model mercu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan rekod sebelum ini, model teras iaitu Mercedes-Benz C-Class, Mercedes-Benz E-Class dan Mercedes-Benz S-Class secara amnya mengekalkan kesinambungan reka bentuk, berkongsi rekaan mirip seakan-akan satu sama dengan yang lain.

Spyshot: Mercedes-Benz E-Class baharu W214 tertiris, gril baharu lebih eksekutif! 01

Varian E-Class semasa mempunyai warna di sekeliling gril yang sama

Dengan generasi W214 ini, kelihatan terdapat elemen penggayaan yang dipinjam oleh model EV siri EQ, terutamanya penggunaan hitam di sekeliling gril.

Berdasarkan perincian seperti ketiadaan logo Mercedes-Benz pada gril, dan tiga bilah bar mendatar, kemungkinan besar ini adalah set bampar gril untuk varian Exclusive Line (tidak mungkin ditawarkan di Malaysia). Logo bintang 3 penjuru nampaknya masih tertutup, berkemungkinan belum dipasang.

Varian Avantgarde hanya mempunyai dua bilah mendatar dengan logo Mercedes-Benz di tengah manakala varian AMG Line mempunyai motif berlian krom dan bukannya bilah bar mendatar, kedua-duanya dengan logo Mercedes-Benz di tengah.

Spyshot: Mercedes-Benz E-Class baharu W214 tertiris, gril baharu lebih eksekutif! 02

Mercedes-Benz E-Class W214 generasi akan datang dijangka membuat debut globalnya pada pertengahan tahun 2023.

Di Malaysia, Mercedes-Benz E-Class W213 facelift yang dijual sekarang telah dilancarkan pada Julai 2021, lima tahun selepas model pra-facelift, jadi anda tahu model itu sudah tiba untuk perubahan generasi baharu.

Mercedes-Benz Malaysia kini menawarkan dua varian E-Class, kedua-duanya dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan. Mercedes-Benz E200 Avantgarde berharga dari RM 345,888 manakala Mercedes-Benz E300 AMG Line berharga dari RM 397,888.

Baca: Bocor: Papan pemuka Mercedes-Benz E-Class 2023 generasi baharu W214 tertiris!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda