window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Mercedes-Benz EQS dalam samaran menarik di Malaysia, sedan elektrik pertama MBM?

Haris · Jun 29, 2022 08:00 PM

Spyshot: Mercedes-Benz EQS dalam samaran menarik di Malaysia, sedan elektrik pertama MBM? 01

Foto Mercedes-Benz EQS dalam satu samaran menarik di Malaysia telah tersebar di beberapa saluran media sosial. Walaupun ia mudah tersalah anggap sebagai model pertengahan EQE, saiz dan fasia hadapannya memberi petanda ke arah model EV mercu daripada Mercedes-Benz iaitu EQS.

Spyshot: Mercedes-Benz EQS dalam samaran menarik di Malaysia, sedan elektrik pertama MBM? 02

Menariknya, terdapat iklan pemasaran di bahagian sisi kereta yang berbunyi, "Dibalut sehingga 22 Julai" yang memberi cadangan bahawa Mercedes-Benz EQS dijangka akan dilancarkan pada 22-Julai, atau mungkin hanya sebagai majlis pratonton. Walau bagaimanapun, ini menandakan ketibaannya yang tidak lama lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: 2022 Mercedes-Benz EQS SUV didedahkan - SUV elektrik 7 penumpang, jarak gerak cecah 660km!

Spyshot: Mercedes-Benz EQS dalam samaran menarik di Malaysia, sedan elektrik pertama MBM? 01

Di peringkat global, terdapat beberapa varian EQS, dengan output kuasa antara 292 PS/565 Nm sehingga 761 PS/1,020 Nm untuk varian teratas - EQS AMG 53.

Kebanyakan varian kecuali varian asas iaitu EQS 350 mendapat bateri 107.8 kWj yang besar dengan kiraan ujian jarak tempuh WLTP sehingga 784 km untuk EQS 450+, manakala EQS AMG 53 dinilai pada 586 km.

Spyshot: Mercedes-Benz EQS dalam samaran menarik di Malaysia, sedan elektrik pertama MBM? 02

Bagi Malaysia yang menjadi antara destinasi terbaik, kita mungkin akan ditawarkan Mercedes-Benz EQS 580, memandangkan ia adalah model EV mercu bagi Mercedes-Benz Malaysia. Varian ini mampu menghamburkan 523 PS/855 Nm dan mempunyai kiraan ujian jarak tempuh WLTP sehingga 676 km. Walau bagaimanapun, ini hanyalah spekulasi semata-mata pada waktu ini.

Spyshot: Mercedes-Benz EQS dalam samaran menarik di Malaysia, sedan elektrik pertama MBM? 03

Bagi tiugas-tugas pengecasan pula, semua varian EQS didatangkan dengan pengecas AC terbina 11 kW (pengecas terbina 22 kW juga tersedia sebagai pilihan) dan kuasa pengecasan DC maksimum sebanyak 200 kW, mengecaj bateri daripada 0 hingga 80 peratus dalam masa 31 minit sahaja.

Baca: Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz EQS AMG 53 4MATIC+

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia