window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu sudah di Thailand, bakal jadi asas kepada Navara generasi akan datang?

Haris · Nov 16, 2022 03:00 PM

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu sudah di Thailand, bakal jadi asas kepada Navara generasi akan datang? 01

Mitsubishi Triton, trak pikap kedua terlaris di Malaysia nampaknya sedang menghampiri jangka hayat untuk model generasi baharu.

Spekulasi ini adalah berdasarkan gambar intipan terbaharu di Thailand, menampilkan Mitsubishi Triton generasi keenam dengan samaran yang sedang dipandu uji di negara trak pikap tersebut.

Model Mitsubishi Triton yang dijual sekarang adalah model Triton facelift generasi kelima, diperkenalkan pada awal tahun 2019 manakala model generasi ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2015.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu sudah di Thailand, bakal jadi asas kepada Navara generasi akan datang? 01

 

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu sudah di Thailand, bakal jadi asas kepada Navara generasi akan datang? 02

Kredit gambar: Autoindustriya

Jangka hayat trak pikap adalah sekitar 7- hingga 9-tahun justeru tempoh waktu untuk kehadiran generasi baharu adalah sesuai untuk tahun 2023.

Imej intipan ini tidak memberikan banyak perincian namun boleh dikatakan bahawa ia akan menampilkan rekaan Dynamic Shield dengan gril yang lebih besar.

Kebanyakan perincian dispekulasikan sama dengan model generasi kelima cuma sesetengah portal mendakwa jarak antara roda kini semakin panjang lantas memberi petanda bahawa platform baharu akan digunakan.

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu sudah di Thailand, bakal jadi asas kepada Navara generasi akan datang? 03

Seperti yang dinyatakan oleh Pengarah, wakil eksekutif dan COO Nissan Motor Co. Ltd., Ashwani Gupta pada satu ketika dahulu, Mitsubishi Triton generasi baharu akan mempunyai beberapa persamaan dengan Nissan Navara. Hal ini juga merujuk kepada perkongsian platform casis ladder frame, enjin dan juga suspensi.

Baca: Laporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu sudah di Thailand, bakal jadi asas kepada Navara generasi akan datang? 04

Walau bagaimanapun, spekulasi lain dari Australia juga mendakwa enjin 4-silinder 2.4 liter turbodiesel 4N15 MIVEC dengan gandingan transmisi 6 kelajuan automatik akan dikekalkan untuk Mitsubishi Triton baharu.

Enjin ini menjana kuasa sehingga 181 PS kuasa kuda dan 430 Nm tork namun talaan baharu dijangka akan meningkatkan puncak kuasa.

Nissan Navara generasi baharu akan dilancarkan sekitar tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton. Susunan ini sama dengan Nissan Grand Livina baharu yang berdasarkan Mitsubishi Xpander.

Spyshot: Mitsubishi Triton baharu sudah di Thailand, bakal jadi asas kepada Navara generasi akan datang? 05

Ketika ini, 2019 Mitsubishi Triton facelift generasi kelima yang dijual di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Triton 2.4 Athlete - RM 146,600
  • Triton 2.4 Phantom Plus Edition - RM 139,700
  • Triton 2.4 AT Premium - RM 126,900
  • Triton 2.4 MT Premium - RM 116,200
  • Triton 2.4 AT - RM 107,990
  • Triton 2.4 MT - RM 103,200
  • Triton 2.4 Quest - RM 81,390

Baca: Mitsubishi Triton 2022 Phantom Plus Edition dilancarkan di Malaysia - terhad 1k unit, harga dari RM 139k

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda