window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Nissan Almera facelift 2023 diintip di Thailand, akan menyusul di ASEAN tak lama lagi?

Haris · Feb 6, 2023 11:59 AM

Spyshot: Nissan Almera facelift 2023 diintip di Thailand, akan menyusul di ASEAN tak lama lagi? 01

Pada Oktober 2022 lepas, Nissan Almera generasi N18 pasaran Amerika Utara yang dikenali sebagai Nissan Versa telah menerima kemaskini dalam bentuk facelift pertama. Nampaknya, model facelifit itu mungkin akan tiba di Asia Tenggara dalam waktu terdekat berdasarkan gambar intipan yang ditemui di Thailand ini.

Dikesan dalam satu video YouTube yang dimuat naik oleh Kitsguy, Nissan Almera berwarna kelabu itu dilihat sedang mengisi minyak di sebuah stesen di satu tempat di Thailand. Tampil dengan seragam penyamaran di sekeliling kereta yang minimal, ia sebahagian besarnya masih kelihatan seperti Nissan Almera yang dijual pada masa ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Nissan Almera facelift 2023 diintip di Thailand, akan menyusul di ASEAN tak lama lagi? 01

Sumber

Dalam satu lagi gambar yang dimuat naik ke kumpulan Facebook Nissan Almera 2020 Club Thailand, seorang pengguna lain berkongsi bahagian hadapan Nissan Almera facelift - kali ini dilitupi sepenuhnya.

Spyshot: Nissan Almera facelift 2023 diintip di Thailand, akan menyusul di ASEAN tak lama lagi? 02

Nissan Versa pasaran Amerika

Kehadiran stiker samaran yang menutupi sebahagian besar gril hadapan seolah-olah memberi petanda bahawa bahagian tersebut akan dikemaskini seperti mana Nissan Versa - gril V-Motion hadapan baharu yang lebih cantik dan kontemporari. 

Baca: Nissan Versa 2023, kembar Nissan Almera di Malaysia, mendapat rupa depan baru! Cantik ke tidak?

Spyshot: Nissan Almera facelift 2023 diintip di Thailand, akan menyusul di ASEAN tak lama lagi? 03

Selain daripada rekaan depan yang dikemaskini, Nissan Versa pasaran Amerika mengekalkan kebanyakan trenkuasa model pra-facelift di dalamnya. Sebagai rujukan, Nissan Versa dikuasakan oleh enjin 1.6 liter 4 silinder 1.6 liter yang menghasilkan 122 PS dan 155 Nm - berbeza dengan Nissan Almera pasaran Malaysia kita.

Spyshot: Nissan Almera facelift 2023 diintip di Thailand, akan menyusul di ASEAN tak lama lagi? 04

Oleh yang demikian, tidak keterlaluan untuk menjangkakan Nissan Almera facelift di Asia Tenggara mungkin akan meneruskan penggunaan enjin 3-silinder 1.0 liter turbocaj (100 PS/152 Nm). Hal ini kerana hab pengeluaran Nissan Almera di ASEAN adalah di Thailand di mana sedan ini dikategorikan sebagai Eco Car.

Spyshot: Nissan Almera facelift 2023 diintip di Thailand, akan menyusul di ASEAN tak lama lagi? 05

Tetapi terdapat juga kemungkinan Nissan Almera hibrid e-Power menjengah, menggunakan trenkuasa yang sama seperti yang digunakan dalam Nissan Kicks e-Power.

Nissan Kicks e-Power di Thailand dikuasakan oleh enjin 1.2 liter aspirasi semula jadi HR12DE, dipasangkan dengan bateri 2.06 kWj, dan motor elektrik 136 PS/280 Nm. Ia merupakan enjin hibrid yang paling jimat minyak dalam segmennya.

Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Spyshot: Nissan Almera facelift 2023 diintip di Thailand, akan menyusul di ASEAN tak lama lagi? 06

Nissan Almera spesifikasi Malaysia juga diimport sepenuhnya dari Thailand dan bermula dari RM 83,888. Sebaik sahaja facelift diperkenalkan di negara jiran utara kita, ia hanya menjadi persoalan masa sebelum ia menuju ke Malaysia.

Baca: Rebiu Pemilik: Nissan Almera Turbo 2020 saya – tak jadi trade-in, tambah Almera lagi satu!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda