Spyshot: Nissan Navara facelift 2021 tanpa sebarang penyamaran – pelancaran bulan Jun?
Faisal · Feb 8, 2021 12:00 PM
Berdasarkan intipan ini, nampaknya Nissan Navara 2021 bakal menerjah pasaran Malaysia tidak lama lagi. Menurut sumber yang sah, keluaran terbaru buat trak pikap yang dipasang CKD ini dijumpai di High-Tech 7, Semenyih Industrial Park.
Dari apa yang dipertontonkan, Nissan Navara facelift 2021 sedang dilihat tanpa sebarang penyamaran. Walau apapun, pelancarannya dikhabarkan berlangsung pada bulan Jun ini.
Keluaran terbaru buat trak pikap yang cukup glamor ini menyaksikan pembaharuan eksterior melalui lampu LED penuh serta gril V-Motion Nissan yang baru.
Dari sudut belakang, Nissan Navara 2021 menampilkan lampu jenis LED dan rekaan roda yang baru.
Pada bahagian dalam, Nissan Navara 2021 hadir dengan rekaan stereng baru seperti yang digunakan pada Nissan X-Trail dan Nissan Almera. Di samping itu, pembaikan dari segi kekedapan bunyi turut diterapkan oleh Nissan.
Selain itu, Nissan Navara terbaru didatangkan dengan sistem infotainment sesentuh 8 inci yang mempunyai sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.
Di Thailand, Nissan Navara facelift dilancarkan dengan enjin diesel twin-turbo 2.3L (190 PS, 450 Nm tork) yang baru. Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada enjin ini akan ditawarkan oleh Edaran Tan Chong Motor ataupun tidak.
Mengenai ciri keselamatan, Nissan Navara facelift hadir dengan sistem bantuan pandu (ADAS). Antara seperti:
Intelligent Around View Monitor (IAVM) dengan Off-Road Monitor (kamera 360-darjah)
Forward Collision Warning (FCW)
Autonomous Emergency Braking (AEB)
Lane Departure Warning (LDW)
Intelligent Lane Intervention (ILI)
Blind Spot Warning (BSW)
Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
High Beam Assist (HBA)
Walau apapun, anda boleh ikuti WapCar – BM untuk maklumat terkini mengenai keluaran terbaru buat trak pikap yang cukup berlegenda ini.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen