Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat?

Faisal · Mar 9, 2021 01:00 PM

Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat? 01

Pasaran Malaysia bakal menerima beberapa pembaharuan di dalam kategori trak pikap. Salah satu daripadanya ialah Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 yang baru sahaja tertular sebentar tadi.

Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat? 02

Foto yang dikongsi oleh pembaca WapCar ini memberikan gambaran yang lebih terperinci mengenai Nissan Navara facelift. Dengan gril krom dan roda 18 inci dwi-tona, intipan ini nampak seperti varian VL 4WD.

Antara petunjuknya ialah sticker ‘4WD’ di sisi bahagian belakang. Untuk maklumat anda, spyshot sebelum ini juga memperlihatkan sticker ini.

Juga bacaSpyshot: Nissan Navara facelift 2021 tanpa sebarang penyamaran – pelancaran bulan Jun?

Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat? 01

Varian Pro-4X 4WD di pasaran Thailand yang datang dengan sentuhan warna merah dan hitam dan sticker Pro-4X di sisi bahagian belakang.

Setakat ini, tiada sebarang intipan mengenai varian Pro-4X 4WD seperti yang didatangkan di Thailand.

Apa yang ada pada Navara terbaru?

Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat? 02

Menurut laman sesawang Nissan Thailand, Navara VL 4WD berkongsi trenkuasa yang sama dengan varian Pro-4X, iaitu enjin 2.3L twin turbo diesel (YS23DDTT) yang menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan.

Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada enjin ini akan ditawarkan di Malaysia untuk menggantikan enjin 2.5L (190 PS, 450 Nm tork) yang sudah lama bertugas.

Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat? 03

Dari segi kelengkapan, Navara VL 4WD di Thailand hadir dengan ciri seperti:

  • Penyaman udara automatik dwi-zon
  • Penyaman udara belakang
  • Paparan Advanced Drive-Assist 7 inci
  • Infotainment NissanConnect 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat? 04

Navara VL 4WD di pasaran Thailand.

Mengenai sistem bantuan keselamatan pemandu (ADAS), Navara VL 4WD di Thailand datang dengan Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi ciri seperti:

  • Intelligent Around View Monitor (IAVM) dengan Off-Road Monitor
  • Intelligent Forward Collision Warning (IFCW)
  • Intelligent Emergency Braking (IEB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Intelligent Lane Intervention (ILI)
  • Blind Spot Warning (BSW)
  • Intelligent Blind Spot Intervention (IBSI)
  • High Beam Assist (HBA)

Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada ciri-ciri ini akan ditawarkan di pasaran Malaysia.

Bilakah pelancarannya?

Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat? 05

Nissan Navara yang ada di pasaran Malaysia sekarang.

Buat masa ini, model sebelum facelift masih dijual. Ia berharga dari RM 98,888 (SE) hingga RM 134,888 (VL Plus Black Series).

Walau bagaimanapun, stok sudah sedikit. Ini menandakan bahawa model facelift akan dilancarkan tidak lama lagi.

Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat? 06

Dengan ketibaan Nissan Navara facelift, persaingan trak pikap di Malaysia akan dipelopori oleh barisan yang cukup hebat pada tahun ini. Antara yang boleh anda nantikan juga ialah Isuzu D-Max 2021, Mazda BT-50 2021 serba baru, dan Ford Ranger facelift 2021.

Juga bacaPelancaran 2021 untuk trak pikap: BT-50, Ranger, Navara – Hilux makin tergugat?

Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat? 07

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Nissan Navara E 2.5L (M)

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru