Spyshot: Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 diintip di Malaysia – pelancaran dalam masa terdekat?
Faisal · Mar 9, 2021 01:00 PM
Pasaran Malaysia bakal menerima beberapa pembaharuan di dalam kategori trak pikap. Salah satu daripadanya ialah Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 yang baru sahaja tertular sebentar tadi.
Foto yang dikongsi oleh pembaca WapCar ini memberikan gambaran yang lebih terperinci mengenai Nissan Navara facelift. Dengan gril krom dan roda 18 inci dwi-tona, intipan ini nampak seperti varian VL 4WD.
Antara petunjuknya ialah sticker ‘4WD’ di sisi bahagian belakang. Untuk maklumat anda, spyshot sebelum ini juga memperlihatkan sticker ini.
Varian Pro-4X 4WD di pasaran Thailand yang datang dengan sentuhan warna merah dan hitam dan sticker Pro-4X di sisi bahagian belakang.
Setakat ini, tiada sebarang intipan mengenai varian Pro-4X 4WD seperti yang didatangkan di Thailand.
Apa yang ada pada Navara terbaru?
Menurut laman sesawang Nissan Thailand, Navara VL 4WD berkongsi trenkuasa yang sama dengan varian Pro-4X, iaitu enjin 2.3L twin turbo diesel (YS23DDTT) yang menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan.
Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada enjin ini akan ditawarkan di Malaysia untuk menggantikan enjin 2.5L (190 PS, 450 Nm tork) yang sudah lama bertugas.
Dari segi kelengkapan, Navara VL 4WD di Thailand hadir dengan ciri seperti:
Penyaman udara automatik dwi-zon
Penyaman udara belakang
Paparan Advanced Drive-Assist 7 inci
Infotainment NissanConnect 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto
Mengenai sistem bantuan keselamatan pemandu (ADAS), Navara VL 4WD di Thailand datang dengan Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi ciri seperti:
Intelligent Around View Monitor (IAVM) dengan Off-Road Monitor
Intelligent Forward Collision Warning (IFCW)
Intelligent Emergency Braking (IEB)
Lane Departure Warning (LDW)
Intelligent Lane Intervention (ILI)
Blind Spot Warning (BSW)
Intelligent Blind Spot Intervention (IBSI)
High Beam Assist (HBA)
Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada ciri-ciri ini akan ditawarkan di pasaran Malaysia.
Bilakah pelancarannya?
Nissan Navara yang ada di pasaran Malaysia sekarang.
Buat masa ini, model sebelum facelift masih dijual. Ia berharga dari RM 98,888 (SE) hingga RM 134,888 (VL Plus Black Series).
Walau bagaimanapun, stok sudah sedikit. Ini menandakan bahawa model facelift akan dilancarkan tidak lama lagi.
Dengan ketibaan Nissan Navara facelift, persaingan trak pikap di Malaysia akan dipelopori oleh barisan yang cukup hebat pada tahun ini. Antara yang boleh anda nantikan juga ialah Isuzu D-Max 2021, Mazda BT-50 2021 serba baru, dan Ford Ranger facelift 2021.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen