window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke?

Haris ยท Apr 21, 2021 03:00 PM

Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke? 01

Ora Good Cat adalah sebuah kereta elektrik (EV) yang disebut-sebut sebagai kereta elektrik termurah, kini telah ditemui di Malaysia. Di lokasi tersebut, beberapa model jenama lain seperti Haval dan Pao juga turut kelihatan.

Untuk pengetahuan pembaca, jenama Ora, Haval dan Pao bernaung di bawah Great Wall Motors (GWM) yang telah melebarkan sayapnya ke Thailand secara rasmi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke? 01

Kami difahamkan bahawa Ora Good Cat di Malaysia ini adalah sebuah unit percubaan. Ketika ini, Ora Good Cat masih didatangkan dengan pemanduan sebelah kanan (RHD). Model pemanduan sebelah kiri (LHD) masih belum dibangunkan atau sekurang-kurangnya belum dilihat di mana-mana tempat.

Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke? 02

Ora Good Cat dipacu oleh motor elektrik pada roda hadapan yang mampu menghasilkan sehingga 145 PS kuasa kuda dan 210 Nm tork. Untuk kapasiti bateri pula, terdapat 2 pilihan iaitu 47.8 kWh yang mampu mencatatkan jarak tempuh sehingga 400 km manakala 59.1 kWh boleh pergi sehingga 500km.

Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke? 03

Aspek estetika Ora Good Cat memainkan peranan yang kuat dalam meningkatkan populariti hatchback segmen B ini. Direka oleh bekas pereka Porsche, Emanuel Derta, Ora Good Cat direka dengan lengkungan-lengkungan yang menjadikannya kelihatan funki dan anggun.

Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke? 04

Di China, Ora Good Cat berharga antara 103,000 RMB (RM 65,200) hingga 143,900 RMB (RM 91,187). Sebagai perbandingan, kereta elektrik kompak yang boleh didapati di Malaysia adalah Renault Zoe pada RM 146k (baharu, terpakai sekitar RM 60k) yang hanya meliputi jarak tempuh dunia nyata sekitar 180km.

Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke? 05

Ora Good Cat di Bangkok Auto Show

Ketika ini, draf pelan dari Malaysia Green Technology & Climate Change Centre (Greentech Malaysia) memperlihatkan 0% cukai untuk kereta elektrik. Namun dengan kereta elektrik komersial dari jenama dengan reputasi yang baik berharga lebih RM 150k ke atas, pengecualian cukai ini dilihat akan memberi faedah kepada golongan kayangan sahaja.

Bacaan Lanjut:

Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik

Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya!

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda