Sebelum ini, Wapcar.my pernah bertanya adakah Proton Saga layak menerima lambang R3. Hal ini kerana Proton Saga sememangnya layak diposisikan sebagai sebuah model gaya hidup berbanding model pengenalan yang selalu dikaitkan.
Nampaknya persoalan kami terjawab. Laman automotif Careta telah menerima beberapa imej spyshot yang eksklusif, khususnya ruang kabin Proton Saga. Adakah ini model Proton Saga R3 yang akan datang?
Aksen kuning dapat dilihat pada beberapa perincian kecil; mirip dengan model Proton Saga Edisi Ulangtahun ke 35. Namun, aksen kuning tersebut dikembangkan pada bahagian stereng berbalut kulit dengan jahitan kuning dan tempat duduk dengan lambang R3.
Selepas Proton Iriz Active dan Proton Persona Black Edition, Proton Saga akan menjadi calon ketiga yang akan hadir dengan suatu pembaharuan.
Selama ini, Proton Saga diposisikan sebagai sebuah kereta pengenalan dan paling mampu milik dalam barisan model Proton. Wapcar.my berpendapat bahawa ia sepatutnya sudah mula bergerak ke pasaran yang lebih premium dan nampaknya ramalanku benar belaka.
Adakah Proton Saga R3 mampu meningkat kan imej Proton Saga di samping menarik pembeli dan peminat Proton tegar? Nyatakan pendapat anda.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Proton Saga 1.3 Standard MT
Upgrade
Add your car
2016 Proton Persona Standard 1.6
2017 Perodua Bezza X Premium 1.3
Komen