window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes?

Mersita · Jun 13, 2022 04:00 PM

Spyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes? 01

Geely Boyue 2022 serba baharu baru-baru ini dikesan di China. Kali ini, gambar-gambar intipan yang diperoleh mendedahkan sedikit pandangan ruang dalaman Geely Boyue 2022 ini.

Spyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes? 02

Sama seperti gambar intipan Geely Boyue 2022 yang terdahulu, badan kereta di luar diselubungi camo yang padat. Oleh itu, tak banyak perincian yang dapat dilihat jelas, kecuali cermin sisinya yang diposisikan semula seperti dilaporkan dalam entri terdahulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Proton X70 generasi seterusnya? Geely Boyue 2022 serba baru dilihat buat kali pertama, platform CMA

Spyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes? 01

Bagi ruang kabinnya pula, kita dapat lihat sebuah skrin menegak (potret) yang besar di konsol tengahnya. Skrin ini bukannya seperti yang boleh didapati di dalam Tesla Model S mahupun kereta Mercedes-Benz baharu seperti S-Class dan C-Class. Batang gearnya tampak serupa dengan jenis yang digunakan pada Xingyue L flagship.

Selain daripada ini, bahagian-bahagian lain dalam kabinnya masih terselindung rapi.

Spyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes? 02

Geely Boyue 2022 serba baharu akan menggunakan platform CMA (Compact Modular Architecture) seperti yang digunakan oleh Volvo XC40 dan Polestar 2.

Juga baca: Geely Boyue 2022 serba baharu bakal menggunakan platform CMA Volvo XC40, pelancaran China akhir tahun ini

Spyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes? 03

Pilihan trenkuasa masih belum dapat dipastikan buat masa ini, namun syarikat itu mempunyai barisan enjin 1.5 liter dan 2.0 liter yang boleh menguasakan SUV ini. Selain itu, kita juga boleh jangkakan elektrifikasi bagi model ini dalam bentuk hibrid sederhana (MHEV) ataupun hibrid ‘plug-in’ (PHEV).

Spyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes? 04

Bila debutnya? Geely Boyue 2022 serba baharu boleh jadi akan ditayangkan seawal tahun ini. Oleh itu, pastikan anda ikut kami rapat-rapat untuk dapatkan perkembangan terkini.

Akan tiba di Malaysia sebagai Proton X70?

Spyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes? 05

Di Malaysia pula, Proton X70 yang dibina berdasarkan Geely Boyue generasi terkini, baru sahaja dikemaskini dengan enjin baru 1.5 liter 3 silinder. Oleh itu, kami rasakan Proton X70 generasi terkini akan kekal bertahan selama beberapa tahun lagi – mungkin sehingga 2025, lebih kurang.

Tapi, memandangkan Proton X70 di Malaysia adalah berdasarkan Geely Boyue, kita hanya menunggu masa saja lagi bagi Proton X70 generasi kedua untuk dilancarkan di Malaysia.

Juga baca: Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda