window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Papan pemuka Proton Iriz Active, tema merah luar dan dalam?

Haris · May 10, 2021 10:15 AM

Spyshot: Papan pemuka Proton Iriz Active, tema merah luar dan dalam? 01

Model Proton Iriz Active hampir pasti akan dilancarkan tidak lama lagi. Minggu lepas, gambar intipan luar dan dalam Proton Iriz Active ini telah tertiris dan kali ini, gambar intipan konsol tengah pula tertiris dengan lebih jelas.

Spyshot: Papan pemuka Proton Iriz Active, tema merah luar dan dalam? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut rakan media Funtasticko, gambar tersebut dipercayai telah dimuat naik ke laman sembang kumpulan pemilik Proton di Whatsapp sejak beberapa hari lalu, namun telah dipadamkan oleh sumber asalnya.

Spyshot: Papan pemuka Proton Iriz Active, tema merah luar dan dalam? 01

Kali ini, kabin dalaman Proton Iriz Active tampak lebih kemas dengan rona merah yang meliputi bahagian corong penyaman udara, konsol tengah dan pembahagi butang pada stereng. Ia juga mengesahkan gambar intipan sebelum ini yang menyaksikan gambar konsol tengah berwarna merah.

Spyshot: Papan pemuka Proton Iriz Active, tema merah luar dan dalam? 02

Selain itu, Proton Iriz Active juga mengenakan tempat duduk berwarna hitam dengan jahitan berwarna merah. Perincian lain yang dapat dilihat adalah pedal minyak dan brek juga menggunakan besi, atau sekadar kemasan krom seolah-olah sama seperti kereta lumba.

Menurut Funtasticko lagi, tali pinggang keledar Proton Iriz Active akan berwarna merah dengan bumbung kabin berwarna hitam.

Spyshot: Papan pemuka Proton Iriz Active, tema merah luar dan dalam? 03

Sebelum ini, gambar intipan secara langsung memaparkan bahagian corong penyaman udara Proton Iriz Active menggunakan krom biasa namun kali ini gambar yang kelihatan seperti bahan media nampak lebih menarik. Apa-apa pun, ikuti Wapcar untuk lebih berita lanjut mengenai model ini!

Spyshot sebelum ini:

Spyshot: Imej Proton Iriz Active tertiris, tiada Ethereal Bow, akhirnya dengan logo Proton baru?

Spyshot: Adakah ini ‘head unit’ Proton Iriz Active? Gaya terapung, tiada butang!

Spyshot: Proton Iriz Active crossover tanpa samaran - ‘cladding’ plastik, bumbung hitam, rim baru?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda