Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa varian Toyota Vios GR berkemungkinan besar akan ditawarkan bersama-sama dengan kemaskini Toyota Vios terbaru ini. Nampaknya, ramalanku benar belaka.
Seorang pengguna Facebook, RiderAth telah berkongsikan beberapa keping gambar yang dipercayai Toyota Vios GR.
Seperti yang kita sedia maklum, Toyota Vios GR merupakan sebuah model Toyota Vios dengan tambahan aksesori lambang GR sahaja. Tiada talaan enjin yang lebih berkuasa dibuat pada model Toyota Vios GR tetapi penggunaan casis dan suspensi yang berbeza dengan transmisi CVT 10 gear adalah tambahan dari segi prestasi.
Melalui gambar-gambar tersebut, Toyota Vios GR menggunakan samaran pada bahagian depan, skirting sisi serta lip dan bumper bawah belakang. Penggunaan rim berwarna hitam yang lebih besar dengan rekaan multispoke juga kelihatan pada model ini.
Apa yang menguatkan lagi ura-ura bahawa ini adalah Toyota Vios GR adalah penggunaan tempat duduk dengan lambang GR. Perincian ini adalah sama dengan perincian yang terdapat pada Toyota GR Yaris.
Tahukah anda bahawa ada beza jika tanda nama GR terletak di hadapan atau belakang nama model kereta? 3 model GR yang ada dan bakal ke pasaran tempatan adalah Toyota GR Supra, Toyota GR Yaris dan Toyota Vios GR. Perasan perbezaan ketiga-tiganya?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2023 Toyota Vios 1.5E AT
Upgrade
Add your car