window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Peugeot 2008, Peugeot 508 dan DS3 Crossback di Putrajaya, pelancaran kian tiba?

Haris Β· Feb 20, 2021 01:00 PM

Spyshot: Peugeot 2008, Peugeot 508 dan DS3 Crossback di Putrajaya, pelancaran kian tiba? 01

Berjaya Auto Alliance baru sahaja mengumumkan pengambil alihan hak pengedaran PSA Groupe di Malaysia. Syarikat yang dibintangi oleh veteran industri tersebut tanpa melengahkan masa lagi terus memberi tawaran warranti kepada pemilik Peugeot di samping merancang untuk melancarkan model baharu.

Spyshot: Peugeot 2008, Peugeot 508 dan DS3 Crossback di Putrajaya, pelancaran kian tiba? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nampaknya, gambar intipan terbaru kali ini mungkin menandakan tarikh pelancaran semakin dekat. Model Peugeot 2008, Peugeot 508 dan DS3 Crossback dilihat bersama-sama ke Putrajaya, dikatakan menuju Kementerian Pengangkutan bagi tujuan rasmi.

Spyshot: Peugeot 2008, Peugeot 508 dan DS3 Crossback di Putrajaya, pelancaran kian tiba? 01

Sebelum ini, model Perodua Ativa dilihat menjalani proses yang sama pada bulan November tahun 2020. Pelancaran model dijangka akan berlaku pada bulan Mac 2021 manakala tempahan dibuka pada bulan Februari 2021.

Melihat kepada gambar intipan sebelum ini Peugeot 2008, Peugeot 508 dan DS3 Crossback juga di intip atas jalan sejak tahun 2020.

Spyshot: Peugeot 2008, Peugeot 508 dan DS3 Crossback di Putrajaya, pelancaran kian tiba? 02

Foto: Ivan Lee

Bagi DS3 Crossback pula, ini adalah SUV kompak mewah yang disasarkan untuk golongan T20 dengan tren kuasa enjin 3 silinder 1.2 liter PureTech petrol dengan padanan transmisi 8 kelajuan automatik.

Peugeot 2008 adalah SUV segmen B yang menggunakan enjin 3-silinder 1.2 liter turbo (135 PS, 230 Nm) pacuan roda depan melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

Spyshot: Peugeot 2008, Peugeot 508 dan DS3 Crossback di Putrajaya, pelancaran kian tiba? 03

Peugeot 508 pula adalah sedan segmen D dengan trenkuasa enjin empat silinder 1.6 liter bercaj turbo (162 PS / 250 Nm) dengan padanan transmisi 8 kelajuan automatik.

Kesemua spesifikasi adalah rujukan awal dan bukannya spesifikasi yang disahkan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Peugeot 2008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda