window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Peugeot 508 dan DS3 Crossback diuji di Malaysia. PSA Group semakin komited?

Haris Β· Feb 8, 2021 05:00 PM

Spyshot: Peugeot 508 dan DS3 Crossback diuji di Malaysia. PSA Group semakin komited? 01

Groupe PSA nampaknya mahu menguatkan kehadiran mereka dengan tawaran model baharu. Terbaru, 2 buah model iaitu Peugeot 508 dan DS3 Crossback diuji atas jalan secara sebelah menyebelah.

Spyshot: Peugeot 508 dan DS3 Crossback diuji di Malaysia. PSA Group semakin komited? 02

Gambar intipan tersebut yang dihantar oleh Shahrul Fithri kepada Wapcar.my memperlihatkan Peugeot 508 dan DS3 Crossback sedang menjalani ujian atas jalan di sekitar Kedah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Ini seiring dengan hasrat Groupe PSA yang memegang jenama Peugeot, DS dan Citroen telah mengumumkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluaran serantau.

Spyshot: Peugeot 508 dan DS3 Crossback diuji di Malaysia. PSA Group semakin komited? 01

Model Peugeot 508 2021 ini belum dilancarkan di mana-mana negara ASEAN setakat ini dan Malaysia mungkin menjadi negara pertama di rantau ini untuk melancarkannya. Sedan segmen D ini nampak jauh lebih eksklusif dengan rekaan yang elegan berbanding pesaing lain seperti Honda Accord, Toyota Camry dan Volkswagen Passat.

Spyshot: Peugeot 508 dan DS3 Crossback diuji di Malaysia. PSA Group semakin komited? 02

Intipan Peugeot 508 2021 sebelum ini

Dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.6 liter bercaj turbo, Peugeot 508 mampu mencatatkan output kuasa sebanyak 162 PS / 250 Nm dengan padanan transmisi 8 kelajuan automatik.

Spyshot: Peugeot 508 dan DS3 Crossback diuji di Malaysia. PSA Group semakin komited? 03

Selain daripada itu, jenama DS (divisyen mewah Citroen yang kini bergerak sendiri) turut akan hadir dengan model DS3 Crossback. Hanya terdapat 2 model DS di Malaysia iaitu DS7 dan DS5 justeru kehadiran SUV kompak mewah ini akan memberi pilihan yang lebih menarik berbanding 2 model tersebut.

Spyshot: Peugeot 508 dan DS3 Crossback diuji di Malaysia. PSA Group semakin komited? 04

DS3 Crossback ditawarkan di Eropah dalam pilihan enjin tiga silinder 1.2 liter PureTech petrol atau enjin empat silinder 1.5 liter BlueHDi Diesel. Pilihan transmisi pula adalah di antara 8 kelajuan automatik ataupun 6 kelajuan manual.

Spyshot: Peugeot 508 dan DS3 Crossback diuji di Malaysia. PSA Group semakin komited? 05

Rekaan dalaman DS3 Crossback

Kedua-dua model Perancis tersebut mensasarkan rekaan yang bergaya elegan dan unik bagi sebuah kereta. Adakah kita akan melihat sinar harapan terhadap kereta Perancis selepas menukar pengedar rasmi?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Citroen DS5 1.6 THP

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda