window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Proton Iriz Active dan Proton Persona MC2 yang lebih jelas, peminat tak sabar dah?

Haris · Aug 3, 2021 04:23 PM

Spyshot: Proton Iriz Active dan Proton Persona MC2 yang lebih jelas, peminat tak sabar dah? 01

Proton baru sahaja memaparkan video acah Proton Iriz Active dan Proton Persona MC2 di laman sosial. Kedua-dua model ini sudah dirancang untuk menerima kemasini pada tahun 2021. Seperti biasa, imej model-model baharu Proton ini telah tertiris sebelum pelancaran rasmi Khamis ini.

Spyshot: Proton Iriz Active dan Proton Persona MC2 yang lebih jelas, peminat tak sabar dah? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laman Funtasticko, pengguna Akira Vac telah menyalurkan gambar-gambar tersebut kepada mereka tanpa memberitahu lokasi penggambaran.

Spyshot: Proton Iriz Active dan Proton Persona MC2 yang lebih jelas, peminat tak sabar dah? 01

Perubahan fasia depan kedua-dua model ini tampil lebih moden dengan penggunaan lampu hadapan LED yang cukup menarik. Selain itu, berbeza dengan model Iriz R3 dan Persona Black Edition, akhirnya model-model ini dikemaskini dengan logo baharu Proton bulat ‘Thundercat’.

Spyshot: Proton Iriz Active dan Proton Persona MC2 yang lebih jelas, peminat tak sabar dah? 02

Bahagian dalam juga mengesahkan imej acah yang dipaparkan Proton dengan kemasan kulit. Proton Iriz Active menerima aksen berwarna merah pada bahagian dalaman manakala Proton Persona MC2 menggunakan kemasan kulit coklat pada bahagian tempat duduk dan perehat lengan.

Spyshot: Proton Iriz Active dan Proton Persona MC2 yang lebih jelas, peminat tak sabar dah? 03

Kedua-dua model ini dijangka akan mengekalkan pakej trenkuasa (enjin dan transmisi) yang sama tetapi dengan talaan semula. Di samping itu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa varian manual akan digugurkan untuk kedua-dua Proton Iriz dan Proton Persona.

Nak tahu apa lagi yang ada pada model ini? Nantikan pelancaran rasmi pada 5 Ogos, jam 11.00 pagi di laman Facebook rasmi Proton Cars.

Bacaan Lanjut:

Pelancaran Proton Persona & Iriz facelift MC2 2021 bakal berlangsung Khamis ini!

Spyshot – Proton Persona & Iriz MC2 2021 'kantoi' di video FB PDRM - skrin terapung, warna baru!

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda