Spyshot: Proton Iriz dan Proton Persona, kali ini bahagian hadapan lebih jelas!

Haris · 2020-12-14 11:00:00

Proton Iriz
Proton Persona

Umum sedia maklum bahawa kedua-dua model Proton Iriz dan Proton Persona bakal dikemaskini pada tahun 2021.

Pembaca Wapcar, AJ Khew kali ini melaporkan bahawa kedua-dua model sedang dipandu uji di Kampung Chempaka, Petaling Jaya. Ini mungkin bertujuan untuk menguji kelincahan dalam keadaan jalan sempit dan sehala.

Gambar intipan kali ini adalah dari sebelah depan, seolah-olah mengesahkan bahawa Proton Iriz Active adalah kemaskini bagi Proton Iriz. Jelas kelihatan bahawa terdapat rel bumbung pada Proton Iriz. Selain itu, samaran juga dikenakan pada bahagian skirting sisi.

Bagi Proton Persona pula, samaran dikenakan pada bahagian bumper hadapan dan belakang sahaja. Tiada sebarang samaran dikenakan pada skirting sisi di mana memberi tanda bahawa ketinggian model ini akan dikekalkan.

Kedua-dua model dijangka bakal menerima kemaskini kosmetik dan spesifikasi. Penggunaan transmisi 4AT pada Proton Saga telah disambut baik, mungkin memberikan petanda bahawa 2 model segmen B Proton juga akan mengikuti langkah yang sama.

Pengarah Kumpulan Kejuruteraan Proton, En. Hazrin Fazail Haroon pernah menyatakan bahawa terdapat rancangan untuk menggunakan enjin 1.5 liter Turbo dalam model Proton yang lain. Walaupun digunakan dalam enjin SUV segmen B Proton, enjin tersebut hampir pasti tidak akan ditawarkan dalam kemaskini Proton Iriz dan Proton Persona baharu ini.

Haris

Haris Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia