window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Proton S50 dalam pemanduan kanan, sedan paling berkuasa dengan 1.5 turbo?

Haris · Dec 29, 2022 03:00 PM

Spyshot: Proton S50 dalam pemanduan kanan, sedan paling berkuasa dengan 1.5 turbo? 01

Sedan baharu 'Proton S50' nampaknya telah diintip dalam pemanduan sebelah kanan, memberi petanda bahawa ia kini mungkin sudah memasuki fasa pengeluaran di Malaysia. Sungguhpun begitu, nama S50 sebenarnya belum disahkan menjadi nama rasminya, hanya spekulasi semata-mata.

Spyshot: Proton S50 dalam pemanduan kanan, sedan paling berkuasa dengan 1.5 turbo? 02

Gambar intipan yang didedahkan oleh pemanipulasi gambar terkenal, The Ajerul kali ini memberikan suatu pandangan yang jelas ke bahagian kabin dalaman. Tidak seperti gambar Proton X90 yang kabur bahagian kabin semalam, Proton S50 kini boleh disahkan dalam bentuk pemanduan sebelah kanan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Spyshot: Proton X90 menghampiri fasa pengeluaran, gril "Infinite Weave" Proton sudah kelihatan!

Spyshot: Proton S50 dalam pemanduan kanan, sedan paling berkuasa dengan 1.5 turbo? 01

Aspek trenkuasa masih belum diperincikan tetapi jika fokus berterusan Proton terhadap pembangunan enjin ada kaitan, maka ia mungkin akan berkongsi enjin 3-silinder 1.5 liter yang terdapat pada Proton X50 dan X70.

Faktor utama lain ialah kerana enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi tidak mempunyai daya kilas yang mencukupi untuk berat 1.2 tan metrik sedan ini. Jika menggunakan enjin 1.5 liter NA, ini bermakna ia akan mempunyai nisbah kuasa-berat serendah 82 PS/tan, jauh lebih rendah daripada pesaing seperti Honda City (106 PS/tan) dan Toyota Vios (93 PS/tan).

Spyshot: Proton S50 dalam pemanduan kanan, sedan paling berkuasa dengan 1.5 turbo? 02

Pada Julai 2022, eksekutif daripada Proton ada mengatakan bahawa terdapat rancangan untuk mengeluarkan lebih banyak varian 3-silinder 1.5 liter namun tidak mendedahkan model terbabit. Enjin ini turut mempunyai versi hibrid ringan (MHEV) yang digunakan pada Geely Haoyue pasaran luar.

Baca: Proton X90 berkemungkinan menjadi hibrid pertama Proton, siap ada acah sistem hibrid MHEV di COE

Spyshot: Proton S50 dalam pemanduan kanan, sedan paling berkuasa dengan 1.5 turbo? 03

Bayangkan Proton S50 benar-benar menerima enjin 1.5 liter turbo ini. Dengan kuasa mencecah 150 PS/226 Nm, ia akan menjadi sedan paling berkuasa Proton moden setakat ini; mengenepikan Proton Perdana 2.4 liter (Accordana) beberapa tahun lalu. Boleh jadi kenyataan?

Nantikan berita lanjut mengenai Proton S50 di Wapcar.my.

Baca: Proton S50 (Geely Emgrand) lebih berat daripada City dan Vios, Malaysia mungkin debut 1.5 Turbo

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton S50 Estimated Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda