Pasaran Thailand bakal menerima kejutan daripada Proton. Selepas beberapa lama menyepi di negara tomyum tersebut, terdapat kemungkinan untuk Proton kembali ke sana dengan Proton X50.
Pasaran Thailand bakal menerima kejutan daripada Proton. Selepas beberapa lama menyepi di negara tomyum tersebut, terdapat kemungkinan untuk Proton kembali ke sana dengan Proton X50.
Hal ini kerana Proton X50 dilihat sedang dipandu uji di Thailand. Gambar intipan Proton X50 dengan jelas memperlihatkan Proton X50 sedang menelusuri jalanraya di Thailand dengan memakai samaran dan nombor plat Thailand.
Sebelum ini, terdapat berita di mana Proton sedang membangunkan sistem ‘Hi Proton’ dalam bahasa Thailand. Gambar intipan Proton X50 ini menguatkan lagi spekulasi mengenai Proton yang bakal kembali ke pasaran Thailand.
Proton pernah membuka pusat jualan di Thailand sekitar tahun 2005 hingga 2010. Antara model yang pernah dijual di sana adalah Proton Savvy dan Proton Exora.
Baca: Bagaimana Thailand mensabotaj eksport Malaysia
Peluang Proton X50 untuk bersaing dalam pasaran SUV segmen B di Thailand agak cerah. 3 model teratas di Thailand adalah Toyota Corolla Cross, MG ZS dan Honda HR-V. Di Thailand, Toyota Corolla Cross adalah SUV segmen B paling laris.
Dengan tawaran teknologi ‘Hi Proton’ dalam bahasa Thailand, adakah Proton mampu mengembalikan minat pembeli di sana?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2020 Proton X50 1.5T Standard
Upgrade
Add your car