window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus?

Haris · Mar 16, 2021 04:00 PM

Spyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus? 01

Proton nampaknya semakin agresif untuk memperluaskan perniagaan ke pasaran luar. Terbaru, Proton X70 telah dilihat sedang dipandu uji di Thailand, menelusuri jalan raya bandar di sana.

Spyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus? 02

Menurut pengguna media sosial Jz Thang, sebuah SUV telah menarik pandangannya ketika memandu di kawasan Sukhumvit. Ujar beliau lagi, model tersebut mempunyai lampu hadapan dan belakang yang menarik di samping rekaan bahagian sisi yang cantik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus? 01

Hanya jauhari mengenal manikam. Tidak perlu diperkenalkan lagi, model tersebut adalah Proton X70. Walaubagaimanapun, Proton X70 menggunakan samaran yang sangat minimal, mengesyorkan bahawa tiada sebarang penambahan aksesori atau perubahan rekaan pada model pasaran Thailand.

Spyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus? 02

Walaubagaimanapun, spesifikasi enjin yang bakal digunakan pada Proton X70 pasaran Thailand cenderung kepada pilihan enjin 1.5 liter TGDi pada Proton X50. Ini penting bagi menepati piawaian pelepasan karbon yang ketat di Thailand.

Sebelum ini, Wapcar.my juga telah melaporkan mengenai kehadiran Proton X50 di Thailand sedang dipandu uji dengan samaran. Malah, Geely juga telah dilaporkan sedang membangunkan perisian ‘Hi Proton’ berbahasa Thai.

Spyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus? 03

Gambar intipan Proton X70 ini memberi tanda tanya adakah kepulangan Proton di pasaran Thailand akan bermula dengan tawaran 2 buah SUV mercu mereka sekaligus? Proton pernah menyatakan bahawa tahun 2021 bakal menyaksikan Proton memberi fokus lebih terhadap pasaran luar.

Bacaan Lanjut:

Spyshot: Proton Exora RC diintip di Mesir, bakal dilancarkan sebagai model facelift?

Spyshot: Proton X50 diuji di Thailand, Proton bakal kembali ke sana?

Proton Saga diacah untuk pelancaran Pakistan, model CBU dah sampai sana!

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda