window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Proton X90 pandu uji dilanggar Proton Waja, teruja sangat nampak SUV baru ke?

Haris · Jan 6, 2022 11:30 AM

Spyshot: Proton X90 pandu uji dilanggar Proton Waja, teruja sangat nampak SUV baru ke? 01

Memang tidak dapat dinafikan, model baharu Proton yang berlegar-legar di atas jalan raya seringkali menjadi keterujaan rakyat Malaysia. Walau apa pun tohmahan yang dilemparkan terhadap jenama kesayangan negara tersebut, jauh di sudut hati tentu mahu melihat Proton setanding dengan jenama global lain.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika keterujaan tersebut mampu membawa kepada… kemalangan. Malangnya, sebuah model pandu uji Proton X90 dilihat terlibat dalam kemalangan kecil apabila sebuah Proton Waja telah melanggarnya dari arah belakang.

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
@dddyha Tak tau nak gelak ke sedih 😅 #keretabaru #newcar #accident ♬ Oh No - Kreepa

 

Kejadian tersebut juga agak lucu, dirakam oleh pengguna tiktok Fadhiha Izzati. Berdasarkan rakaman, Fadhiha yang juga teruja melihat Proton X90 pandu uji tersebut mendapati selang beberapa minit kemudian, SUV segmen D tersebut telah dilanggar oleh sebuah Proton Waja.

Mungkin, pemandu Proton Waja tersebut teruja melihat Proton X90 sehingga terlanggar SUV tersebut. Mungkin juga Proton X90 yang sedang dipandu uji tersebut mempunyai masalah teknikal, menyebabkan kemalangan kecil untuk pengguna lain. Apa-apa pun, kesemua ini hanyalah spekulasi dan mungkin kita juga tidak akan mengetahui situasi sebenar yang terjadi.

Spyshot: Proton X90 pandu uji dilanggar Proton Waja, teruja sangat nampak SUV baru ke? 01

Tangkap layar rakaman tersebut

Sebagai rujukan, Proton X90 (Geely Haoyue) adalah sebuah SUV bersaiz besar yang dilancarkan di China awal tahun lalu. Geely menawarkan Haoyue dengan pelbagai pilihan, termasuk konfigurasi 5 dan 7 tempat duduk.

Geely Haoyue juga sudah mendarat di Filipina, dijual sebagai Geely Okavango. Ini memberikan petanda kebolehpasaran SUV ini dalam rantau ASEAN dengan baik.

Baca: Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda