window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Rim baru dan 'keyless entry'? Proton Saga 2022 mahu pembeli abaikan Bezza

Haris · Jan 24, 2022 10:00 AM

Spyshot: Rim baru dan 'keyless entry'? Proton Saga 2022 mahu pembeli abaikan Bezza 01

  • Proton Saga akhirnya mendapat kemasukan tanpa kunci?
  • Rekaan rim baru
  • Bolehkah ini meyakinkan anda tentang Bezza?

Model Proton Saga 2022 baharu dengan samaran kini semakin banyak diintip. Untuk itu, Proton nampaknya sedang menangani satu ciri utama yang masih tiada pada sedan mampu milik terbaik Malaysia ini iaitu - kemasukan tanpa kunci (keyless entry).

Spyshot: Rim baru dan 'keyless entry'? Proton Saga 2022 mahu pembeli abaikan Bezza 02

Gambar intipan terbaru ini, ihsan daripada rakan media di Funtasticko, memberikan pandangan yang lebih jelas di bahagian pemandu Proton Saga 2022 baharu, dengan butang kemasukan tanpa kunci dipasang pada pemegang pintu sebelah pemandu. Kita juga boleh menjangkakan sedan baharu itu akan mendapat butang mula hidup enjin (push start button) juga.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Rim baru dan 'keyless entry'? Proton Saga 2022 mahu pembeli abaikan Bezza 01

Jika Proton Saga 2022 yang baharu ini akan mendapat ciri kemasukan tanpa kunci, ia akan meletakkannya setara dengan sedan segmen A lain, Perodua Bezza, sekurang-kurangnya dari segi ciri kelengkapan.

Baca: Rebiu: Berbaloikah Perodua Bezza 2020 1.3 Advance untuk RM 49,980? Lagi bagus Persona?

Spyshot: Rim baru dan 'keyless entry'? Proton Saga 2022 mahu pembeli abaikan Bezza 02

Di bahagian lain pula, kemaskini yang dilihat akan diberikan pada sedan Proton baharu ini termasuklah logo Proton bulat baharu, kit badan baharu, rim baharu, serta kemasan hitam pada penutup cermin sisi.

Baca: Spyshot: Proton Saga MC2 bakal kurangkan 34-cc, tawar penjimatan minyak yang lebih baik?

Spyshot: Rim baru dan 'keyless entry'? Proton Saga 2022 mahu pembeli abaikan Bezza 03

Proton Saga spesifikasi Pakistan

Di bawah bonet, terdapat beberapa pendapat berbeza. Ada yang mengatakan bahawa enjin aspirasi semula jadi1,332-cc petrol kekal tidak berubah. Walau bagaimanapun, ada beberapa sumber turut mendakwa bahawa Proton Saga 2022 spesifikasi Malaysia berkemungkinan untuk menerima enjin 34 cc yang lebih kecil mirip spesifikasi Pakistan.

Baca: Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k!

Spyshot: Rim baru dan 'keyless entry'? Proton Saga 2022 mahu pembeli abaikan Bezza 04

Proton Saga spesifikasi Pakistan

Walaupun kurang 34-cc, output kuasa enjin dengan sesaran yang lebih kecil itu kekal tidak berubah: 95 PS pada 5,750 rpm dan 120 Nm pada 4,000 rpm.

Bagi pilihan transmisi, kita boleh menjangkakan transmisi automatik 4-kelajuan bersumber dari Hyundai akan ditawarkan - suatu resipi kejayaan buat Proton Saga.

Baca: Jualan Proton pada Oktober 2021 melonjak 28.7%, jumlah jualan Saga masih ‘tapau’ Perodua Bezza

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda