window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Satu lagi 'Super moped' sedang diuji di Malaysia, buatan China?

Khairil ยท Feb 27, 2021 05:00 PM

Spyshot: Satu lagi 'Super moped' sedang diuji di Malaysia, buatan China? 01

Motosikal dalam segmen kapcai memang laris di negara ini. Sekalipun persaingannya amat sengit, permintaan terhadapnya sentiasa ada termasuklah dalam kategori 'Super moped' atau kapcai bersesaran 150 cc ke atas.

Selain daripada dua model iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R yang amat terkenal, dua lagi model yang turut bersaing dalam segmen itu ialah SYM VF3i dan Benelli RFS150i.

Spyshot: Satu lagi 'Super moped' sedang diuji di Malaysia, buatan China? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Semua model dan jenama berkenaan memiliki kelompok peminat yang tersendiri dan memang kerap dilihat di jalan raya ketika ini.

Begitupun, perkembangan terbaharu yang diperoleh daripada media automotif tempatan, dikhabarkan satu lagi motosikal yang bersaing dalam segmen itu akan menjengah pasaran tempatan tidak lama lagi.

Berdasarkan laporan funtasticko.net, media automotif itu menerima satu video daripada pengikutnya yang menunjukkan sebuah kapcai menggunaan plat dagang P198S sedang diuji di atas jalan raya.

Spyshot: Satu lagi 'Super moped' sedang diuji di Malaysia, buatan China? 01

Selain motosikal berkenaan, terdapat sebuah lagi motosikal kapcai yang turut sedang diuji namun tidak dapat dipastikan apakah jenamanya.

Spyshot: Satu lagi 'Super moped' sedang diuji di Malaysia, buatan China? 02

Menurut laporan itu, motosikal berkenaan tampak mirip seperti motosikal daripada syarikat China iaitu Yin Gang Flash 150.

Spyshot: Satu lagi 'Super moped' sedang diuji di Malaysia, buatan China? 03

Model berkenaan sudah pun berada di pasaran Asean dan dikenali dengan nama Rusi Flash 150 di Filipina.

Menurut laporan itu lagi, model berkenaan mungkin akan dibawah masuk oleh syarikat WMoto atau SM Sport.

Spyshot: Satu lagi 'Super moped' sedang diuji di Malaysia, buatan China? 04

Jika benar ia adalah Yin Gang Flash 150 atau Rusi Flash 150, seperti yang dapat dilihat dalam video atau gambar berkenaan, motosikal ini sememangnya mempunyai reka bentuk yang sporty dan menarik.

Spyshot: Satu lagi 'Super moped' sedang diuji di Malaysia, buatan China? 05

Spyshot: Satu lagi 'Super moped' sedang diuji di Malaysia, buatan China? 06

Selain itu, spesifikasinya juga diklasifikasikan sebagai 'boleh tahan' dengan Rusi Flash 150 EFI yang ada di pasaran Filipina pada tahun lalu dikuasakan enjin empat lejang 149.2 cc, Penyejuk Udara, patuh piawaian Euro 4 dan menggunakan sistem EFI daripada jenama Delphi.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi lima kelajuan dan mampu menghsilkan kuasa 10.4 Hp pada 7,000 rpm dan tork 11.5 Nm pada 5,500 rpm.

Spyshot: Satu lagi 'Super moped' sedang diuji di Malaysia, buatan China? 07

Menurut laporan Arena Motosikal, harga motosikal berkenaan di pasaran Filipina adalah pada tanda Php 70,000 iaitu kira-kira RM 5,813 mengikut kadar tukaran semasa.

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda