window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Subaru Forester facelift 2023 akan tiba lebih awal daripada yang dijangkakan di Malaysia?

Haris · Mar 28, 2023 10:00 AM

Spyshot: Subaru Forester facelift 2023 akan tiba lebih awal daripada yang dijangkakan di Malaysia? 01

Sebuah unit Subaru Forester facelift telah dikesan di dalam perkarangan bilik pameran Subaru Motor Image Petaling Jaya.

Dikongsi oleh pembaca Zaky Maky, kereta itu dikesan Selasa lepas (21-Mac 2023) dan ia sememangnya model facelift - mungkin hanya varian biasa kerana ia tidak mengenakan seragam kit badan GT.

Spyshot: Subaru Forester facelift 2023 akan tiba lebih awal daripada yang dijangkakan di Malaysia? 02

Subaru Forester GT di Thailand

Tiada pengesahan dari syarikat yang terbabit mengenai bila model itu akan dilancarkan di sini tetapi imej tangkapan ini memberi petanda bahawa Subaru Forester facelift 2023 mungkin akan hadir lebih awal berbanding jangkaan sebelum ini iaitu hujung tahun 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Subaru Forester GT facelift baharu menyusul ke Malaysia akhir tahun ini, prebiu Thailand beri petanda!

Harga dan spesifikasi Subaru Forester facelift 2023

Spyshot: Subaru Forester facelift 2023 akan tiba lebih awal daripada yang dijangkakan di Malaysia? 01

Model facelift menerima sepasang lampu depan LED baru, bumper yang menerima sentuhan kecil, dan diffuser yang berbeza.

Kuasa untuk Subaru Forester datang daripada enjin 4-silinder sebaris 2.0 liter beraspirasi semula jadi yang menghamburkan 156 PS dan 196 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT Lineartronic yang licin bak mentega oleh Subaru. Kuasa dikerahkan ke keempat-empat roda melalui sistem Subaru Symmetrical AWD.

Spyshot: Subaru Forester facelift 2023 akan tiba lebih awal daripada yang dijangkakan di Malaysia? 02

Model Subaru Forester pra-facelift yang sedang dijual sekarang berharga daripada RM 173,788 kepada RM 197,788, diimport sepenuhnya dari Thailand.

Baca: Bosan dengan CR-V dan CX-5? Subaru Forester terpakai sekitar RM 70k lagi sedap dan di luar arus perdana!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Subaru Forester 2.0 i-L EyeSight

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda