window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: SUV Honda berasaskan Civic dikesan di China, ingin lawan Toyota Corolla Cross!

Zamil Syaheer · Apr 2, 2022 02:00 PM

Spyshot: SUV Honda berasaskan Civic dikesan di China, ingin lawan Toyota Corolla Cross! 01

  • SUV misteri berasaskan Civic kini dikesan di China
  • Lebih besar daripada HR-V, tetapi lebih kecil daripada CR-V
  • Amacam Corolla Cross?

Apa yang bermula sebagai khabar angin kini secara beransur-ansur berubah menjadi kenyataan. Kami bercakap tentang SUV berasaskan Honda Civic yang terletak di antara HR-V dan CR-V. Nampaknya Honda sedang menyasarkan Toyota Corolla Cross dengan model baharunya.

Spyshot: SUV Honda berasaskan Civic dikesan di China, ingin lawan Toyota Corolla Cross! 02

Sumber: Creative311.

Imej intipan awal ini juga muncul dari Jepun - negara yang sama di mana khabar angin itu bermula.

Spyshot: SUV Honda berasaskan Civic dikesan di China, ingin lawan Toyota Corolla Cross! 03

SUV yang dikesan di Jepun kelihatan serupa dengan yang dilihat di China

Kali ini, Autohome telah menerbitkan pandangan sisi tunggal SUV tersebut terus dari China, membayangkan bahawa SUV berasaskan Civic ini boleh ditawarkan di pelbagai pasaran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: SUV Honda berasaskan Civic dikesan di China, ingin lawan Toyota Corolla Cross! 01

Sumber: Sasatarou

Walaupun dengan penyamaran yang kaw, profil sisi SUV tersebut seolah-olah mencerminkan SUV misteri yang ditemui di Jepun, sama sehingga ke roda lima jejarinya.

Baca juga: Spyshot: Honda rancang SUV baru di Jepun, kaburkan segmen dengan slot antara HR-V dan CR-V!

Spyshot: SUV Honda berasaskan Civic dikesan di China, ingin lawan Toyota Corolla Cross! 02

Honda USA mengeluarkan teaser HR-V yang akan datang

Berbanding Honda HR-V generasi RV serba baru, model misteri ini nampaknya menawarkan lebih banyak ruang, terbukti daripada kaca suku belakangnya yang lebih panjang.

Baca juga: Honda HR-V 2023 khas untuk Amerika tampil dengan reka bentuk lain, bakal didedahkan pada 4-April ini!

Spyshot: SUV Honda berasaskan Civic dikesan di China, ingin lawan Toyota Corolla Cross! 03

Toyota Corolla Cross yang dijual oleh FAW Toyota

Memandangkan SUV Honda berasaskan Civic telah dikesan di China, kemungkinan besar ia akan mula dijual di sana dalam masa terdekat. Ia akan berlawan dengan Toyota Corolla Cross dan kembarnya, Toyota Frontlander dalam segmen yang sama.

Apa pendapat anda? Bolehkah HR-V spesifikasi AS dan SUV Honda yang dilihat baru-baru ini menghala pada perkara yang sama, atau adakah ia sama sekali berbeza?

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Spyshot: SUV Honda berasaskan Civic dikesan di China, ingin lawan Toyota Corolla Cross! 04

Honda HR-V di Thailand

Pada masa ini, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada SUV berasaskan Civic ini akan tiba ke Malaysia.

Dalam pada itu, Toyota Corolla Cross terus laku dalam segmen crossover subkompak, kerana HR-V generasi RU telah mencapai penghujung kitaran hayatnya. Honda HR-V 2022 serba baharu hampir tiba dan ia adalah model yang pastinya kami tidak sabar untuk mencubanya.

Tonton ruang ini untuk lebih banyak kemas kini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda