window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SPYSHOT: SUV misteri di Genting Sempah, kelibat Geely Haoyue (Proton X90) makin terdedah!

Faisal · Nov 23, 2021 06:00 PM

Foto kredit oleh Careta

Foto kredit oleh Careta

Sumber rakan Careta.my sebentar tadi baru sahaja memuat naik beberapa gambar menarik yang memperlihatkan sebuah SUV misteri yang dijumpai oleh @zackeb_ di perkarangan Genting Sempah.

Dari apa yang dapat dilihat, kelibat yang penuh dengan samaran ini jelas menunjukkan profil badan sebuah Geely Haoyue. Perkara ini sudah pastinya merujuk pada model Proton X90 yang mana ia telah hangat dikhabarkan sebagai pelancaran model baru Proton yang seterusnya.

Juga bacaProton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma

Untuk makluman anda, samaran seperti ini pernah kelihatan di tanah air kita pada awal Mei yang lalu dimana ia menggunakan nombor plat dagangan B2640A, berbanding B4705A yang dilihat pada kali ini. Malah, ia juga kelihatan semakin terdedah. Nampak gayanya, pelancaran SUV ini semakin hampir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSpyshot: Proton X90 dah mendarat di Malaysia? Eh, Geely Haoyue!

SPYSHOT: SUV misteri di Genting Sempah, kelibat Geely Haoyue (Proton X90) makin terdedah! 01

Yang pastinya, SUV 7 penumpang yang lagi besar daripada X70 ini tidak menggunakan platform BMA atau CMA, namun dibangunkan berdasarkan platform CV yang berlainan. Untuk pengetahuan anda, platform CV memulakan debutnya di Geely Jiaji - MPV yang disebut-sebut sebagai Proton V70.

SPYSHOT: SUV misteri di Genting Sempah, kelibat Geely Haoyue (Proton X90) makin terdedah! 02

Secara amnya, platform CV lebih baru daripada platform NL3 (yang digunakan pada Geely Boyue - Proton X70). Namun, ia tidak begitu sofistikated berbanding platform BMA (Proton X50).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda