Kereta konsep Daihatsu DN Multisix telah pun ditayangkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia 2017 (GIIAS 2017) yang mungkin menjadi asas bagi Toyota Avanza dan Perodua Alza generasi seterusnya.
Baru-baru ini, terdapat satu intipan daripada pengguna Facebook, Rizal ZeroTwo yang memuatnaik sebuah kenderaan misteri yang sedang diuji atas jalan.
Berdasarkan imej yang dimuatnaik, model berkenaan tidak dapat dipastikan namun ia mungkin MPV yang dibangunkan oleh Daihatsu yang berasaskan kereta konsep DN Multisix.
Lebih menarik lagi, tiada sebarang rear differential yang dapat dilihat pada kenderaan tersebut. Adakah ini bermakna Toyota Avanza tidak lagi mengenakan pacuan roda belakang dan ditukar kepada pacuan roda hadapan sahaja.
Disebabkan oleh ura-ura perkongsian platform dengan Perodua Alza, mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Perodua Alza juga bakal mengenakan spesifikasi yang sama. Lagi pun, Perodua Alza adalah sebuah model yang sangat lama dalam pasaran.
Persoalan paling utama sekarang, adakah anda kisah pacuan mana untuk kenderaan MPV? Atau spesifikasi enjin lebih utama? Kongsikan pendapat anda dengan kami.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Toyota Avanza Upcoming Version
Upgrade
Add your car