window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama?

Haris Β· Nov 1, 2022 10:00 AM

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama? 01

Model EV pertama pembangunan sepenuhnya dari Toyota iaitu Toyota bZ4X ialah model pencapaian terpenting bagi pengeluar kereta Jepun terbesar di dunia itu. Crossover elektrik ini kini dijual di Eropah, Jepun, dan Amerika Syarikat tetapi adakah Indonesia bakal menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara yang menerima model itu?

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama? 02

Hal ini berikutan sebuah Toyota bZ4X telah dikesan di Indonesia yang kelihatan seperti sedang menjalani penggambaran komersial. Menurut OtoDriver, crossover hitam itu dilihat di sekitar Padang Indah Kapuk II, pinggir bandar di pinggir Jakarta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama? 01

Toyota bZ4X ketika pameran VMS 2022

Toyota bZ4X telah dipertontonkan di Asia Tenggara pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2022 pada Ogos dan Vietnam Motor Show 2022 (VMS) pada hujung minggu lalu. Malaysia masih belum menayangkan model ini dalam mana-mana pameran automotif.

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama? 02

Sebagai model pertama daripada siri bZ (beyond Zero) daripada Toyota, bZ4X ialah model kedua yang dibangunkan bersama Subaru selepas Toyota GR86/Subaru BRZ di mana kembar yang mempunyai logo Pleiades biru dipanggil Subaru Solterra.

Baca: Subaru Solterra 2022 diacah – kembar Toyota & Subaru kedua selepas 86/BRZ!

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama? 03

Toyota bZ4X dibina pada platform e-TNGA khusus dan memuatkan bateri 71.4 kWj yang diletakkan rata di atas lantai dengan kadar pengecasan pantas DC sehingga 150 kW. Pengecasan dari 0-80% hanya mengambil masa 30 minit di bawah kadar maksimum itu.

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama? 04

Tiada frunk di sini seperti Tesla tetapi ia mungkin mampu bertahan lebih lama

Terdapat dua varian Toyota bZ4X yang ditawarkan – varian pacuan roda hadapan (FWD) yang menghasilkan 204 PS dan versi pacuan semua roda (AWD) yang mempunyai output gabungan 218 PS. Jarak pemanduan untuk varian FWD ialah 500 km manakala varian AWD menawarkan 460 km dengan kedua-dua angka mengikut ujian WLTP.

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama? 05

Selain model Toyota dan Subaru, terdapat juga versi kelas atasan yang hadir dengan nama Lexus RZ. Walaupun hadir dengan logo Toyota pada muncung hadapan, Toyota bZ4X tidak akan ditawarkan pada harga murah terutamanya di sekitar rantau ini.

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama? 06

bZ4X Concept ketika pameran BMS 2022

Walau bagaimanapun, nampaknya rakyat Thailand dijangka akan menerima SUV Toyota elektrik ini terlebih dahulu sebelum seluruh Asia Tenggara dengan pelancarannya dijangka diumumkan pada 9-November. Harga di Thailand dianggarkan antara THB 1.6 juta hingga 1.8 juta (~RM 199k - RM 224k).

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama? 07

Toyota bZ4X juga dirancang untuk dilancarkan di Malaysia dengan UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengesahkan ketibaannya bersama Lexus UX 300e. Kami menganggarkan harganya akan lebih tinggi daripada Toyota Camry yang bermula dari RM 209,800. Harga ini mengambil kira pengecualian cukai EV yang diimport di Malaysia cukai sehingga 2023 (menunggu sebarang perubahan daripada kerajaan).

Baca: Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu!

Spyshot: Toyota bZ4X diintip jalani penggambaran di Indonesia, debut ASEAN pertama? 08

Selain itu, UMW Toyota juga telah memasang beberapa unit pengecas pantas di ibu pejabatnya di Shah Alam yang memberi bayangan ketibaan model elektrifikasi tidak lama lagi, sekurang-kurangnya satu model elektrik sepenuhnya mungkin akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Baca: UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota bZ4X Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda