window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Toyota Fortuner GR-Sport adalah SUV misteri yang diintip ini?

Haris Β· Jul 8, 2021 06:00 PM

Spyshot: Toyota Fortuner GR-Sport adalah SUV misteri yang diintip ini? 01

Sebuah SUV misteri yang tampil kelihatan seperti sebuah Toyota Fortuner telah menarik perhatian banyak media. Model yang baru dikemaskini ini tidak memerlukan sebarang samaran, justeru apa pula yang ada di bawah pelekat camo itu?

Spyshot: Toyota Fortuner GR-Sport adalah SUV misteri yang diintip ini? 02

Menurut laporan media dari Thailand, Toyota mungkin berhajat untuk memberikan kit GR-Sport pada Toyota Fortuner.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini bukanlah sesuatu yang berlaku di luar dari kebiasaan kerana model GR-Sport telah ditawarkan pada model Toyota Vios (ada di pasaran Malaysia), Toyota Corolla Altis, Toyota Hilux dan juga Toyota Land Cruiser.

Spyshot: Toyota Fortuner GR-Sport adalah SUV misteri yang diintip ini? 01

Kesemua perincian penting telah diliputi samaran - namun penggunaan kanta zum mendapati bahawa terdapat kaliper brek berwarna merah di sebalik rim tersebut.

Warna merah selalunya dikhaskan untuk model prestasi Toyota justeru ini adalah petanda awal yang menunjukkan ke arah model Toyota Fortuner GR-Sport

Namun, masih belum diketahui sama ada kaliper brek berwarna merah ini hanya sekadar warna atau naik taraf brek sedia ada.

Spyshot: Toyota Fortuner GR-Sport adalah SUV misteri yang diintip ini? 02

Seperti model berjenama GR-Sport lain, Toyota Fortuner GR-Sport dijangka akan menampilkan sejumlah peningkatan khusus seperti kit badan, rekaan rim agresif, dan cat badan. Tema GR-Sport juga selalunya berlanjutan ke dalam kabin dengan komponen dalaman yang menggunakan rona merah dan lambang GR Sport terpampang di kerusi baris hadapan.

Spyshot: Toyota Fortuner GR-Sport adalah SUV misteri yang diintip ini? 03

Toyota Fortuner 2.8 VRZ pasaran Malaysia

Lambang GR-Sport diposisikan di bawah lambang GR penuh bermakna tiada sebarang perubahan trenkuasa yang akan diberikan. Namun ia masih ditawarkan dengan sedikit talaan, misalnya transmisi CVT dengan 10 gear maya pada model Toyota Vios GR-Sport.

Model Toyota Fortuner GR-Sport pula dijangka akan kekal menggunakan enjin paling berkuasa, 2.8 liter turbo diesel dengan puncak kuasa pada 204 PS dan 500 Nm.

Model Toyota Fortuner dijual pada harga dari RM 167,357 hingga RM 203,183. Kredit gambar: Indra Fathan

Bacaan Lanjut:

Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama!

Model GR-S untuk Toyota Corolla Cross, Altis & Hilux bakal tembus pasaran Vietnam - Malaysia tak terkecuali?

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Fortuner 2.4 AT 4x4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda